Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Huiii... dah nak masuk tahun baru kita ni, noo? Tengah seronok bercuti dan berkenduri-kendara lagi ka masing-masing? Amboih sakan noo hangpa 🤭😆
Entri kali ni cheq nak story pasai pink guava cheq, nama Melayu dia Jambu Batu Merah 🤓
Kualiti buah jambu batu cheq kali ni nampaknya jauh lebih mantap berbanding yang sebelum ni, sebab kali ni cheq balut depa dengan sarung kalis serangga buah yang cukup kemas buatannya, beli dari Shopee 😆
Pink guava hat ni dari jenis yang special sikit, tak macam pink guava dari jenis yang bila dah masak tu dia akan cepat jadi lembut dan berair, pastu rasa isinya pun agak tak begitu menyelerakan. Yang tu pink guava jenis lain, saiznya pun lebih kecil dari yang ni 🤓
Isi buah pink guava yang cheq ada ni bertekstur rangup juicy macam jambu batu putih, saiznya pun lebih kurang dan rasa isinya pun agak mirip dengan jambu batu putih, cuma manisnya agak lain sikit. Pada cheq sedaplah rasa buah pink guava special ni, cheq suka. Berbaloi sungguh cheq beli anak pokok jambu ni tahun lepas, dah 3 kali berbuah. Cheq beli online ja dari Shopee, seller pos dari Kedah 😆
![]() |
Sedap dimakan dengan kuah rojak buah campoq kacang tumbuk, atau dipadankan dengan serbuk Asam Ko 😋 |
Sekian dulu perkongsian cheq kali ni. Selamat menyambut tahun baru 2023! 💪🏻🤠
Jumpa lagi di lain entri!
🙋
Sedapnyer merasai hasil tangan sendiri
BalasPadamBetoi tu WP 😎
Padamuiiii kecuqqqq 😋😋
BalasPadamSedap dan kaya dengan vitamin C 😎
Padam👍👍👍👍👍👍
PadamSelamat tahun baru, CS. Nampak sedaplah pink guava tu.
BalasPadamMakasih JR, selamat menyambut 2023 💪🏻😎
Padamwah dah menuai hasilnya ya ceq
BalasPadamYa KakPI, syukur alhamdulillah 🤲🏻✨
PadamThanks for your sharing...
BalasPadamThanks for dropping by my humble blog 💖🌼
Padamhasil pertama ke ni? Alhamdulillah...baguih species ni, jenis rangup, tk suka jambu batu yg lembik & byk air....sarung pun cun...
BalasPadamNi hasil ketiga dah KakNO, alhamdulillah menjadi 🤲🏻✨
PadamRasanya jambu batu ni jenis kacukan dah, tu yang dia special tu 🤓
Ooooo... buah pun ada selimutnya...?
BalasPadamUih mestilah uncle, buah berharga ni kena selimut 😁
Padam