Khamis, 24 November 2022

Resipi Pai Roti Berinti Daging Kisar dan Kentang Cara Cheq

Salam semua! πŸ™‹πŸ»‍♀️✨

Masalah kemelut politik masih duk tak settle settle, tunggu punya tunggu hasilnya masih tidak pasti... tapi apa yang pasti ialah perut kita tetap akan lapar dan perlu diisi. Jom layan pai roti πŸ˜‚

Entri memasak datang lagi, dan kali ini cheq nak kongsi cara cheq buat pai roti pula. Memasak ini satu kemahiran hidup asas yang semua orang patut ada, tak kiralah hang jejaka ka, wanita ka, nonbinary ka apa bala... paling cikai pun at least kena tahu rebus air πŸ˜‚

Ini caranya cheq membuat pai roti inti daging kisar, kentang dan kacang peas berperisa kari yang cukup sedap baq haaang πŸ˜‹πŸ€“✨


Caranya boleh dikatakan mudahlah juga, tetapi agak mengambil masa tang bahagian nak sediakan bahan-bahan intinya tu. Cheq recommend kalau boleh, masak dulu inti pai tu sehari sebelum, kemudian simpan dalam beg plastik makanan ziplock dan buh dalam peti sejuk bahagian refrigeration. Nak buat inti tu banyak sikit pun takpa, boleh digunakan lagi pada waktu yang lain. Esok tu cuma perlu gelek roti putih buat kulit pai, kemudian celup dalam bancuhan telur campur susu dan garam, isi dengan inti pai yang dah siap tu dan seterusnya bakar dalam ketuhar. Jimat masa sikit macam tu πŸ‘©πŸ»‍🍳✨



▶ Bahan-bahan:

✎ Roti putih (12 keping)
✎ Daging lembu kisar (≅ 2 cawan)
✎ Kentang (≅ 2 cawan, dipotong dadu)
✎ Kacang peas dalam tin (≅ 1 cawan)
✎ Bawang besar (≅ 1 cawan, dipotong dadu)
✎ Bawang putih (5 ulas, dipotong dadu)
✎ Serbuk Maggi 'Cukup Rasa' (1 sudu besar)
✎ Serbuk lada putih (½ sudu kecil)
✎ Serbuk kari daging (≅ 1 sudu besar)
✎ Gula perang (1 sudu kecil)
✎ Minyak kelapa sawit (3 sudu besar, untuk menumis inti)
✎ Marjerin (1 sudu besar, untuk menumis inti)
✎ Telur ayam (2 biji gred C)
✎ Susu krim penuh (½ cawan)
✎ Keju Cheddar (3 keping)
Garlic salt (tabur sedikit atas pai sebelum bakar)


▶ Cara-cara: 

1. Sediakan inti pai dahulu. Goreng kentang dalam minyak atas api sederhana kecil selama lebih kurang dua minit, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, kacau dan goreng dengan baik sehingga bawang menjadi sedikit layu.

2. Masukkan marjerin, daging kisar, serbuk Maggi 'Cukup Rasa', serbuk lada putih dan gula perang ke dalam kuali tadi, kacau di atas api sederhana besar selama lebih kurang 2 minit. Masukkan kacang peas dan serbuk kari, goreng dan kacau sehingga sebati. Inti pai siap dimasak, tutup api dan biarkan seketika. 

3. Potong buang kulit roti, dan gelek setiap keping roti putih dengan menggunakan kayu penggelek (rolling pin). Dengan menggunakan penutup balang, tekapkan pada setiap keping roti tadi untuk mendapatkan bentuk pastri yang bulat dan leper. Lebihan roti yang berbentuk bucu-bucu tajam itu pula akan digunakan juga untuk menutup permukaan pai nanti. 

4. Pukul telur bersama susu dan sedikit serbuk Maggi 'Cukup Rasa' (atau garam) sehingga sebati, kemudian celupkan setiap keping roti ke dalam bancuhan ini. 

5. Minyakkan permukaan dulang/loyang pembakar (baking tray) berlekuk dari jenis yang biasa digunakan untuk membuat kek cawan (cupcakes), kemudian susun setiap keping roti leper yang bulat tadi di dalam dulang pembakar, sekeping bagi setiap lekuk. 

6. Masukkan inti pai ke dalam setiap lekuk roti yang ada sehingga penuh, kemudian letakkan sedikit keju di atas inti pai. Tutup permukaan setiap pai dengan lebihan roti yang telah dicelup dalam bancuhan telur tadi, dan akhirnya taburkan sedikit garlic salt. 

7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 minit, set api atas dan bawah. 


Pai roti comei lagi sedap inti daging dan kentang sudah siap! πŸ˜‹✨


Maaflah kalau resipi cheq ni tidak mengikut selera hangpa noo... kot nak lagi special, boleh la tambah cabai atau cili api sekalipun kalau nak bagi ada rasa kick berapi πŸ”₯πŸ˜†


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

12 ulasan:

  1. Terliur betul saya tengok daging2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh guna daging kisar fresh lagi mantappp πŸ˜†

      Padam
  2. uiiittyty sedapnyaaaaaaaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ ada belen x?πŸ˜‰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdan nak sejuk atas meja, dah pun habih kesemuanya... 4 orang makan πŸ˜‚

      Padam
    2. sampai atiiiiπŸ˜”πŸ˜

      Padam
  3. sedapnya resepi cek rugi duk jauh kalau dkt mintak dh seketoi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih dari seketoi cheq buleh bagi ke KakPI kalau duk dekat berjiran πŸ˜†

      Padam
  4. oic, mangkuknya guna roti putih ek?
    mudah. tq for sharing.
    kat rumah kekadang terlebih roti putih. sayang sgt nak buat.
    tq tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betui, cheq guna roti putih Gardenia πŸ€“
      Hihi sama² πŸ’–

      Padam
  5. Balasan
    1. Sila² mencuba resipinya Uncle πŸ€“

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤