Isnin, 11 Januari 2021

Pasai Apa Kepok Ikang SEAmEQ tu Popular Sangat?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, selamat tahun baru 2021! Lambat sikit ucapan cheq ni tapi kira acilah kan sebab kita masih berada dalam bulan Januari... ๐Ÿฅณ๐Ÿ˜ฌ๐ŸŽˆ

Keropok ikan SEAmEQ (RM9.50/10 peket) - harga dari aplikasi Shopee (seller - misselly)

Baru-baru ini cheq ada ternampak orang dok promote dan sembang baik punya kat media sosial pasai keropok ikan segera Terengganu dari jenama SEAmEQ. Dikatakan kepok SEAmEQ ni popular di kalangan warga Terengganu, pastu harganya pun sangatlah murah dan packaging dia pun menarik. Cheq pun apa lagi, teruih rasa tertarik nak cuba juga dan terus selongkar Shopee. Ya Shopee, jalan yang paling mudah untuk cari apa saja produk pada zaman sekarang ni... "Jangan main-main, beli di Shopee, tak payah lain-lain", bak kata Phua Chu Kang ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†




Baiklah, pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq berkenaan kepok SEAmEQ adalah seperti berikut: 

Harga - Pada cheq, ianya berpadanan dengan kuantiti dan kualiti produk makanannya ๐Ÿ‘๐Ÿป 

Kelazatan - Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Pada cheq, rasa keropok SEAmEQ ni takdak la sedap mana pun... cuma ianya nipis, rangup dan special sebab ada disertakan dengan sos coleknya sekali dalam setiap peket keropok ni. Kalau nak dibandingkan dengan keropok ikan segera "Kepok KAKMU" yang cheq pernah review dulu tu, haa... yang tu memang sedap betoi. Yang tu cheq memang recommend sebab ianya sedap dan rasa ikannya sangat terserlah dalam kepok KAKMU tu. Pada cheq, SEAmEQ ni tak mampu nak challenge KAKMU dari segi kelazatan keropok ikannya ๐Ÿง

Keberbaloian - Boleh dikata berbaloi dengan harganya sebab dah kira cukup murah dah tu dengan kuantitinya yang agak banyak dalam setiap peket tu, pastu ada sos colek lagi. Rasanya apa yang menyumbang kepada popularity keropok SEAmEQ ni ialah: harganya yang murah, ada sos colek sekali serta packaging dia yang boleh dikatakan mencapai tahap 'internationale' gitu. Dari segi kesedapan keropok tu, banyak lagi yang boleh diperbaiki. Ni pendapat cheq sajalah naa... ๐Ÿ˜…


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan kepok SEAmEQ yang cukup terkenal di kalangan warga Terengganu niSyukur Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š




Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

16 ulasan:

  1. Sebab itu murah kurang rasa ikan.

    BalasPadam
  2. Saya sebagai warga Terengganu...
    sangat sukakan keropok Seameq ni!.
    hahahahahaha
    Ema suka keropok nipis

    Kalau keropok lekor pulak, sekarang famous keropok "Tok Molor"
    Ema suka juga keropok ni. Isi ikan banyak, keropok rangup di luar bila di masak betul. Sedap ๐Ÿคค

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..ooh keropok lekor Tok Molor? Nanti cheq try kalau boleh ๐Ÿค“

      Padam
  3. Balasan
    1. Sos dia kira OK la, rasa macam sos colek Ganu yang standard la kiranya ๐Ÿง

      Padam
  4. Happy new year. Mungkin kepok ni tak setaraf rasa originality dengan kepok yang sedap tu. Mungkinlah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la tu, harga pun murah ja. Kalau sedap dan cukup rasa ikannya memang takkan dapat harga murah camni la kan..๐Ÿ˜ฌ

      Padam
  5. Boa tarde. Que vontade de provar essas delรญcias que vocรช nos trouxe. Gostaria de lhe convidar a seguir o meu Blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Obrigado por visitar e seguir meu blog. Sim, jรก estou acompanhando seu blog ๐Ÿ˜Ž

      Padam
  6. suka keropok segera yg nipis..ada sos sekali, baguih ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu boleh popular tu, murah pun murah ๐Ÿค“

      Padam
  7. ni klo balikpahang ni sokmo borong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh kat Pahang pun ada noo kepok ni? Popular SEAmEQ ni ๐Ÿ˜€

      Padam
  8. Boleh try juga nanti ni...

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤