Jumaat, 21 Jun 2019

Cheese! Sedapnya Kek Keju Beri Biru DOMINO's...

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang masih berada di dalam mood raya sambil menjamu selera di rumah-rumah terbuka sempena bulan Syawal ini? Cepatnya masa berlalu haa dah pun masuk 17 Syawal kita hari nih. Pada yang berhajat nak berpuasa enam tu, haa eloklah pakat cepat-cepat selesaikannya sebelum Syawal kata "selamat tinggal". Anyway... hangpa dah cuba dessert DOMINO's yang meleleh-leleh kejunya ni belum? Blueberry Cheesecake namanya... ๐Ÿ˜‹๐Ÿง€๐Ÿ’œ

Blueberry Cheesecake (Domino's dessert) - RM11.90

Dalam bulan Ramadhan yang lepas, cheq berkesempatan untuk singgah ke DOMINO's PIZZA Kangar sekejap untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka untuk dijadikan juadah berbuka puasa, iaitu Ayam Haseyo (versi baru) selain Ssamjeang Beef Pizza, Blueberry Cheesecake dan Garlic Cheese Onion Rings (akan diulas kemudian di lain entri). Dalam entri ni, kita fokus kat Blueberry Cheesecake Domino's, yang mana sos keju dia meleleh sakaaan... ๐Ÿคค๐Ÿ˜†

Sumber: Domino's Pizza Menu Malaysia

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya agak kurang berpatutan dengan jenis dan saiz produk makanannya. Rupa paras 'sebenar'nya agak kurang menarik dan tidak seperti apa yang ditampilkan di dalam iklannya ๐Ÿ˜‚

Kelazatan - Kalau ditanya sedap ka tak sedap rasanya? Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang ๐Ÿ˜‹ Pada pendapat cheq, sos kejunya memang marvelous, dipadankan pula dengan buah blueberry yang agak tidak kedekut kuantitinya. Walaupun rupa kek keju leleh ni kelihatan agak 'kemik' dan 'penyet' tidak 'bersemangat' seperti di dalam iklan promosinya, namun begitu kelazatan kek dan sos kejunya tetap terserlah dan tidak mengecewakan deria rasa cheq ini ๐Ÿ˜›... tapi kan, ini cuma pendapat peribadi cheq sajalah ya, personal taste gitu. Pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana noo... ๐Ÿค“

Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq sanggup beratur tidak lebih dari 10 minit. Berbaloi menunggu sebab sedap (nak buat sendiri tak reti, hihi...) ๐Ÿ˜‹


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Domino's Blueberry Cheesecake. Cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š




Jumpa lagi di lain entri!
๐Ÿ™‹

12 ulasan:

  1. sejak Ramadhan, tak oder lagi dominos ni.
    hu hu hu hu sedapnya.
    lom pernah rasa kek gini from dominos.
    jarang oder. sebab kalau ke pizza hut baru oder, makan situ, kan...
    hu hu hu sedapnya. terasa nak mengoder je Ahad nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila cuba..rasa dia memang sedap, cuma rupa dia ja yang tak berapa nak sedap dipandang, jauh beza dengan iklan ๐Ÿ˜‚

      Padam
  2. boleh try ni, baru ke? klo domino suka banana kaya die..sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheesecake ni nak dikata baru sangat tu, takdak laa terkini sangat....yang terkini tu Ayam Haseyo Ssamjeang sauce tu ๐Ÿ˜„

      Banana kaya dia cheq tak try lagi, nanti nak cuba ๐Ÿ˜‹

      Padam
  3. ayooo mmg nmpk sedap tp dlm iklan tebal. realiti mcm x tebal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal ๐Ÿ˜‚...tapi rasa dia memang sedap! ๐Ÿ˜‹

      Padam
  4. ฤฐnteresting good ๐Ÿ˜Š not here Turkey... Thanks for your sharing ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. I'd like to see what Domino's has to offer in Turkey, must be interesting as well ๐Ÿ˜„

      Padam
  5. Saya minat cheese tapi tak minat berry. Kalau saya cuba dessert ni, tak tahulah saya akan suka atau tak๐Ÿ˜….

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cuba dulu la ni JR, baru boleh tau suka da dak ๐Ÿ˜‰

      Cheq ni pulak memang jenis suka makan buah, semua jenis berries cheq boleh hadap ๐Ÿ˜‹

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤