Jumaat, 25 Oktober 2019

Segmen 1st Blogversary TWJ

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pahabaq semua? Cheq harap semua tengah sihat wal'afiat dan happy happy saja di bulan Oktober ni naa... ada yang tengah dok buat maruku ka sekarang ni? Hihi 😎✨


Hmm... rasa macam dah agak lama cheq tak join apa-apa segmen blogger kan, paihtu bila jenguk blog The Wonderful Jannah baru-baru ni, eh ehh... ada segmen ulang tahun blogversary lah, dah setahun umur blognya. Tahniah cheq ucapkan buat cik JR kita πŸ‘πŸ»πŸ˜„πŸŽ‰



Hangpa boleh klik ja banner comei di atas nih untuk tengok apakah syarat-syarat bagi segmen special ni dan jom pakat join beramai-ramai sebelum hujung bulan ni. Tak lama dah tu, perlu lekas bertindak! πŸ˜†✨

Okeh... dalam segmen ni, cik JR suruh ajukan satu soalan pada beliau, lepas tu berikan apa-apa ucapan yang kreatif lagi memberangsangkan minda sempena ulang tahun blognya tersebut. Fuh, okeh bab ni cheq nak kena brainstorm sikitlah... cheq tak mau la nanti terbagi ucapan klise yang borsan (boring + bosan πŸ˜‚) tahap satu dewan pun boleh menguap pulak kan, maka sedikit aktiviti brainstorming itu perlu diaplikasikan dalam hal ini πŸ˜†

Soalan cheq untuk cik JR kita ni jawab: "Apakah nama hidangan masakan tradisi bagi penduduk kampung JR yang paling JR gemari? Mohon JR share resepinya di blog kalau boleh πŸ˜„"

Ucapan bernas cheq sempena ulang tahun blog TWJ: "Pertama sekali, cheq nak ucapkan tahniah atas kegigihan serta kerajinan JR berblog tanpa jemu sehingga ke saat ini. Cheq patut mencontohi semangat JR dan perlu update blog dengan lebih konsisten serta menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti, informatif lagi menginspirasikan. Pada pendapat cheq, segmen blogger yang seperti ini memang kreatif dan menarik. InshaAllah di masa hadapan, cheq pun akan menganjurkan segmen yang seumpama ini. Semoga blog TWJ terus berkembang maju sehingga mempunyai jumlah pengikut serta pembaca yang berjuta-juta bilangannya. Apa-apapun, always stay humble and do your best no matter where you are and what you'll be in the future."

Baiklah, sekian dulu entri cubaan cheq untuk memeriahkan segmen blogversary The Wonderful Jannah. Semoga cik JR kita ni terhibur membaca entri cheq yang tak seberapa ni. Apa-apa pun, keep blogging happily dan semoga terus kental tabah menghadapi segala ujian yang sedang serta bakal datang menjengah sepanjang kehidupan ini. You can do it. We can do it! 🎈✨

Jumpa lagi di lain entri! πŸ™‹

12 ulasan:

  1. Semoga berjaya ikut segman ini.

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    Saya dah follow blog awak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenai! OK jom follow-memollow 😎

      Padam
  2. waaa twj buat segmeb,, nak join la. hangpa, goodluck !

    BalasPadam
  3. Tak pernah tak terhibur dengan ayat CS niπŸ˜‚. Thank you for your support😊.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi you're welcome and tq juga πŸ˜‚

      Padam
  4. Good luck! semoga berjaya..

    BalasPadam
  5. selamat bersegmen..Good luck cikSue.. moga ada rezeki menang.. :)

    BalasPadam
  6. Meriah sambil merapatkan ukhwah

    BalasPadam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas