Ahad, 18 Ogos 2019

Ramen Kimchi SAMYANG campur Telur Onsen jadinya Mantap!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam pertengahan Zulhijah dan salam kembali semula ke sekolah buat mereka yang terlibat, cuti sekolah dah habis... 😬🎈

Entri cheq kali ni ialah berkenaan mi segera Korea dari jenama yang sangat glamour tu, apa lagi kalau bukan SAMYANG kan, tapi yang ni versi yang tak pedas langsunglah... yang ni SAMYANG perisa Kimchi. Dah pernah cuba belum? 🤤😋

SAMYANG Kimchi Ramen: 5 peket x 80g (RM9.99 : Harga dari Giant Hypermarket)

Setakat ni, mi segera favorite cheq ialah SAMYANG Kimchi Ramen. MAGGI Kari dah jatuh ke tempat kedua, manakala tempat ketiga pula dimiliki oleh RUSKI TomYam... hihi 😬✨


▶ Bahan-bahan:

✎ SAMYANG Kimchi Ramen (1 peket)
✎ Air untuk membuat kuah (400ml)
✎ Telur ayam (1 biji)
✎ Daun bawang (dipotong kasar, satu sudu besar)
✎ Kobis (dipotong kasar, setengah cawan)
✎ Bawang putih (dihiris, 2 ulas)
✎ Bijan putih (secukup rasa)
✎ Lada putih (secukup rasa)


▶ Cara-cara:

1. Panaskan 400ml air di dalam sebuah periuk saiz sederhana, kemudian masukkan bawang putih, kobis, daun bawang (separuh sudu besar) dan serbuk perisa Kimchi SAMYANG. Selepas lebih kurang 5 minit, tutup api dan tuangkan kuah yang dah siap dimasak tu ke dalam mangkuk.



2. Sekarang kita mula buat telur onsen. Panaskan air sehingga mendidih dan menggelegak di dalam sebuah periuk kecil, kemudian tutup api. Masukkan sebiji telur ayam ke dalam periuk kecil tersebut dan pastikan telur tenggelam sepenuhnya di dalam air panas tu. Biarkan selama 5 - 7 minit.


3. Sekarang kita nak merebus mi segera pula. Panaskan air secukupnya di dalam sebuah periuk saiz sederhana besar sehingga mendidih, kemudian masukkan mi segera SAMYANG.


4. Selepas merebus mi segera selama lebih kurang 3 minit, tutup api dan singkirkan air rebusan yang keruh tu di singki. Masukkan mi segera tu ke dalam penapis, dan bilas mi tersebut sekali lalu di bawah air pili yang mengalir, kemudian masukkan mi yang sudah dibilas tu ke dalam mangkuk yang berisi kuah mi tadi (rujuk pada gambar kedua di bawah langkah No.1).

5. Pecahkan telur ayam yang sudah puas berendam di dalam air panas (onsen) selama 5 - 7 minit tadi tu ke dalam mangkuk yang berisi mi segera yang dah siap dimasak tadi. Hiaskan hidangan dengan lebihan daun bawang yang ada, bijan putih dan lada putih. Siap! 😋✨


Sekian, beginilah cara cheq sediakan apa-apa mi segera yang versi berkuah. Maaflah kalau resepi ni tidak mengikut selera hangpa noo... cheq ni memang peminat tegar telur onsen. Kalau nak bubuh kicap sikit pun sedap nih, layannn... 😋👍🏻✨



Jumpa lagi di lain entri! 
🙋

11 ulasan:

  1. Samyang for me too pedas.. tapi yang suka makan pedas tu mesti suka hehe.. siap ade telur tu menggoda sangat =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. This Kimchi Samyang not pedas at all tauuu....serius tak pedas langsung 🤓

      Padam
  2. belum pernah mkn kimchi ramen..telur onsen tu mcm telur separuh masak..buh kicap mmg ummmph..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur onsen ni lebih kepada suku masak ja, lebih lembik dari separuh masak..nyam nyam sangat 😋

      Padam
  3. ok why am i hungry now?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhaa ray dah lama x makan ramen ni. terliur tgk

      Padam
  4. Telur separuh masak ye.. sedap tu makan dengan kicap.. Samyang tu pedas tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samyang yang ni langsung tak pedas, betul ni cheq tak muhong 😆

      Padam
  5. mata sy nmpk telur je sbb xmkn samyang😊😊

    BalasPadam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas