Ahad, 3 Mac 2019

Kerepek Pisang Tanduk Rangup cara Cheq

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam bulan Mac! Cheq mulakan bulan ni dengan entri masak-masak sajalah naa, dengan entri kerepek pisang tanduk rangup. Hangpa kenai dak pisang tanduk tu rupa dia macam mana? 😄👇👇
Sila tengok gambaq kolaj ni dari kiri ke kanan dan atas ke bawah naa... ni merupakan proses penukaran dua biji pisang tanduk muda yang bersaiz gergasi ke kerepek pisang yang cukup sedap dan rangup! 🧐✨

Pertengahan bulan lepas cheq ada dapat dua biji pisang tanduk muda dari mak sedara cheq. Pisang tanduk ni merupakan hasil tanaman beliau sendiri. Alhamdulillah ada rezeki cheq mai bergolek dalam bentuk dua biji pisang tanduk muda yang besaq gedabak saiznya, macam tanduk kerbau! Apa lagiii... cheq buat kerepek pisang saja laa... hihihi 😬

▶ Bahan-bahan:

✎ Pisang tanduk muda (2 biji)
✎ Kapur makan (1 sudu besar)
✎ Air (sebesen)
✎ Garam halus (1 sudu besar, dilarutkan dalam secawan air panas)
✎ Minyak kelapa sawit (½ kuali saiz sederhana)

▶ Cara-cara:

1. Bilas pisang muda di bawah air paip yang mengalir kemudian kupas dengan menggunakan hand peeler.

2. Bancuh kapur makan dalam sebesen air, kemudian sagat pisang tadi terus masuk ke dalam besen yang ada bancuhan air kapur tu.

3. Panaskan minyak masak di atas api yang sederhana besar. Sebelum mula menggoreng, toskan kepingan-kepingan pisang tadi dulu untuk membuang air kapur tadi.

4. Kecilkan api, dan masukkan kepingan-kepingan pisang ke dalam kuali. Besarkan api semula ke sederhana besar. Selepas menggoreng selama lebih kurang 1 minit, masukkan 1 sudu air garam yang suam ke dalam kuali dengan berhati-hati. Minyak panas dalam kuali tu tak akan meletup, tapi dia akan bunyi bising sikitlah. Ni satu cara nak bagi kerepek pisang tu ada rasa masin-masin sikit, dan masinnya akan jadi sekata 👍

5. Teruskan menggoreng sehingga warna kerepek pisang bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat keluar dari minyak dan biarkan kerepek ni sejuk pada suhu bilik. Selepas dah hilang panasnya tu, masukkan kerepek ke dalam balang kedap udara untuk disimpan demi keseronokan mengunyah kerepek pisang rangup di hari-hari yang seterusnya, sehinggalah stok kerepek pisang ni habis dimakan 😂


Sekian, beginilah cara cheq membuat KEREPEK PISANG TANDUK yang rangup, sedap dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau hangpa suka kerepek pisang yang manis, bolehlah cuba sira kerepek ni dengan air gula pekat sebelum nak simpan ke dalam bekas kedap udara tu. Kalau nak bagi rasa dia ada macam gaya hipster sikit, bolehlah hangpa cuba gaul dengan serbuk cheese hat warna oren tu... 😅😂

Jumpa lagi di lain entri! 
🙋

22 ulasan:

  1. wahhh mcm xsabar nk raya ni😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..cheq tak pernah lagi buat kerepek pisang untuk hari raya 😬

      Padam
  2. Sedapnya kerepek pisang tu, Cik Suerin. Tiba-tiba rasa nak makan kerepek pisang. Saya lagi suka yang masin daripada yang sira tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi samalah kita kalau macam tu JR 👏😎

      Padam
  3. Selalu juga makan kerepek pisang tanduk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Special kan pisang tanduk ni, sedap buat kerepek 👍✨

      Padam
  4. sedapnya! terasa keenakan masa baca.. hahahah

    BalasPadam
  5. memang favourite pisang tanduk ni..kalau buat goreng, gebu-gebas je, dpt lak cicah dgn sambal kicap, perghh..telan ailio..

    kerepek piaang tnduk lbh mahal dari pisang2 yg lain..sedap lemak2 masin, suka yg ori..tk suka bub cheese or sira gula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooh patutlah sesetengah kerepek pisang tu macam lebih mahal dari biasa, boleh jadi pisang tanduk la tu kan..hihi baru cheq tau pasai ni 😬

      Sama la kita KakNo..cheq pun suka hat ori lagi, cukup tak gemar hat sira gula dengan hat hipster serbuk cheese oren tu 😂

      Padam
  6. ada peluang boleh la nak mencuba..

    bagus ini..

    macam praktikal nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la bila ada peluang dan kerajinan memasak nanti 😎

      Padam
  7. salam kenalan dari oohsenyum.com

    maaf tak comment pasal entri awak.

    sebenarnya saya datang sini nak ajak awak....jom tukar suka sama suka link, kalau sudi sila comment di blog saya ye di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    Nanti saya add ke bloglist oohsenyum.com secepat mungkin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK tadak hal, TQ! Salam kenal juga 😎

      Padam
  8. makan ni layan krup krap. tengok tv sambil ngunyah.
    tau2 habis dah hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoiii..nak makan dia senang ja, nak membuatnya remeh..😂

      Padam
  9. Enak sekali kerepek pisang tanduknya, buatnya juga simpel ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar enak kerepeknya tetapi buatnya agak remeh, harus berhati-hati ketika menggunakan mandolin 😅

      Padam
  10. terbaek.. mesti sedap ni :)

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤