Salam tahun baru semua! 🙋🏻♀️✨
Negeri Peghelih yang kecik cinoni ni agak padat dengan kedai makan. Kalau hangpa tersesat jalan kot mana pun, mesti akan berjumpa dengan kedai makan, atau gerai makanan di tepi jalan. Macam-macam jenis masakan dan minuman ada di sini yang boleh didapati di pelbagai restoran, warung, cafe dan pasar malam/siang... dari yang harga marhaen sampailah ke harga 'titeti'. Tapi entri ni bukan pasai makanan 'titeti' la, cheq nak review pasai nasi ayam power yang harganya cukup berbaloi-baloi 🤭😬