Isnin, 25 Mac 2024

Berbuka dengan Chicken Chop dan Chili Fries dari Big Tas Tea, Arau Perlis

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Ramadhan Kareem! Entri kali ni cheq nak sembang pasai chicken chop dan chili fries yang boleh tahan sedapnya dari Big Tas Tea di Arau, Perlis 😋

Pada petang Ahad yang masih panas membahang kelmarin, cheq memilih untuk memesan juadah berbuka melalui aplikasi Foodpanda saja. Belek-belek menu Big Tas Tea, rasa berkenan nak mencuba chicken chop dan chili fries yang kelihatannya begitu mengiurkan 😆

Big Tas Tea's chicken chop (RM23.60) and chili fries (RM10.90) - harga dari aplikasi Foodpanda

Pada pendapat tekak cheq, chicken chop dan chili fries depa ni boleh tahan sedaplah, maka penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya agak up berbanding kualiti, kesedapan serta portion size hidangannya. Kalau nak letak harga yang macam ni, saiz chicken chop dia perlu dibesarkan sedikit lagi 😅

Kelazatan - Chicken chop dia agak crispy rangup di luar, lembut dan moist di dalam. Namun begitu, 'kulit' chicken chop ni agak liat semacam, menghairankan juga la kenapa tekstur kulit chicken chop depa ni boleh jadi lagu tu? Sos gravy dia pula okay, ngam dan elok saja sebab rasa lada hitamnya tak pekat, very mild gitu. Salad coleslaw dia boleh tahan sedap, so cheq bagi markah 3½ dari 5 bintang for chicken chop secara keseluruhannya. As for chili fries, cheq bagi markah 4 dari 5 bintang. Kentang goreng 'pedas-pedas manja' depa ni boleh tahan crispy dan mengasyikkan, pastu rasa sos fries ni pun menarik. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄

Keberbaloian - Kurang berbaloi dari segi harga disebabkan oleh saiz serving portion serta tekstur kulit chicken chop yang agak liat. Tapi kalau bab servis Foodpanda pula, pada cheq it's always berbaloi. Dah ada semakin banyak voucher diskaun sekarang dan riders pun selalu sampai awai atau on time 🧐


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan chicken chop dan chili fries dari Big Tas Tea, Arau Perlis. Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

8 ulasan:

  1. sedapnya chicken chop. yummmyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala tekak nak berbuka dengan chicken chop dan fries 😆

      Padam
  2. tuuu diaaa selera barat nooo
    hehehe
    tak pe janji kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbuka selera barat, bersahoq selera kampung 😆

      Padam
  3. p/s selamat berpuasa utk cik suerin sekeluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih 💖
      Selamat berpuasa dan salam Ramadhan buat mem Anies sekeluarga ✨

      Padam
  4. selamat berbuka posa maghrib nanti
    cek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih KakPi, Ramadhan Kareem! ✨

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤