Isnin, 31 Januari 2022

Apa Khabaq Anak Pokok Seedless Guava Cheq Sekarang?

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Amboih, dah nak habih bulan Jan 2022 ni baru cheq nak hapdet blog noo... kiranya entri pertama cheq bagi tahun 2022 ni ialah entri pasai dua batang anak pokok jambu batu seedless cheq la noo... 😂😆

So, jawapan kepada tajuk entri cheq kat atas tu ialah, "KHABAQ BAIK!" 🌳😎🌳✨

Anak pokok seedless guava isi putih. Setelah 4 bulan berlalu, anak pokok jambu batu cheq ni sekarang sudah keluarkan banyak bunga. Harap-harap kali ni ada yang lekat menjadi buah. Sebelum ni dah pernah berbunga tapi setakat satu atau dua kuntum saja, lepas tu luruh. Semut suka sungguh dok serang dia ni. Jenuh cheq kena selalu semboq-semboq Neem extract (racun serangga organik, ada campuran ekstrak pokok Semambu) untuk menghalau semut dan juga kutu daun yang ada. Sekarang dah keluar banyak bunga, harap-harap ada yang menjadi buah 🤓✨

Anak pokok seedless pink guava. Semut dan kutu daun tak minat nak serang dia ni, maka selamatlah dia membesar dengan sihat tanpa gangguan serangga. Setelah 4 bulan berlalu, anak pokok jambu batu jenis lembut ni sekarang sudah mula nak belajar berbunga. Ni bunga pertama dia 🤓✨

Sekian dulu entri pertama cheq dalam 'tahun harimau' untuk blog ini. Selamat tahun baru Dua Kosong Dua Dua. Gong Xi Fa Cai la sekali cheq ucapkan 😆✨


Jumpa lagi di lain entri!

🙋

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah, membesar dgn jayanya..semoga menghasilkan buah yg lebat..

    BalasPadam
  2. hijau dimana mana ranchak berdosiaaa.. 😅😅

    BalasPadam
  3. WAH DAH KELUAR PUTIK BUNGA TU XLAMA BOLEH TUAI HASIL KAN RAJIN CEK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah 🤓❤

      Aamiin, InshaAllah 🤲🏻✨

      Padam
  4. Wah, terus hidup subur rimbun.
    Alhamdulillah, sudah berputik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah pokok hidup elok 🤓🤲🏻

      Padam
  5. Welcome back! Lama menghilang.
    Alhamdulillah..tak sabar nak tunggu berubah jadi buah jambu boleh dimakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq tengah saspen ni dok tengok bunga-bunga jambu ni, nak luruh ka atau nak lekat jadi buah... harap-harap ada yang mau jadi buah 😬

      Padam
  6. wahhhh dah nampak hasil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lagi dah boleh petik 😆✨

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤