Ahad, 13 Disember 2020

Buat Pankek Mini Guna Tepung Waffle Jadinya Sedap!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani PKPP/B/D dengan tenang. Hangpa sempat kejar Online Sale 12.12 dak? Alhamdulillah cheq sempat membeli beberapa produk yang cheq idamkan dari Shopee dengan diskaun menarik dan kos penghantaran percuma... hihihi, horey horey 😆✨

Baiklah, entri kali ni ialah entri memasak. Sebelum ni cheq dah buat waffle terbakaq kan, kali ni cheq buat pankek mini pula dengan menggunakan tepung waffle yang sama 👩🏻‍🍳✨

Proses cheq membuat pankek mini menggunakan Tepung Waffle Crispy dari jenama MATAF.

Tepung Waffle Crispy MATAF ni cheq beli secara online saja dari Shopee, RM6.36 per 1kg. Pada pendapat cheq, waffle dan pankek yang terhasil dari tepung ni boleh tahan sedaplah... wangi bau dia 😄👇🏻



Cheq buat pankek mini ni mengikut resipi sebatian waffle yang disyorkan oleh MATAF 👩🏻‍🍳✨


▶ Bahan-bahan:

✎ Tepung Waffle Crispy MATAF (200g)
✎ Air (200ml)
✎ Minyak masak (20ml)
✎ Telur ayam gred A (sebiji)
✎ Gula perang (secukupnya)
✎ Kacang tanah tumbuk (secukupnya)
✎ Sos karamel (secukupnya)
✎ Buah pisang berangan (sebiji)


▶ Cara-cara:

1. Bancuh tepung waffle dengan air, kemudian masukkan sedikit minyak masak dan telur ayam. Pukul dan kacau hingga sebati.

2. Panaskan pan di atas api yang paling kecil, kemudian sapukan sedikit minyak masak pada permukaannya. Cheq guna pan telur goreng non-stick empat lekuk untuk buat pankek mini ni 🤓

3. Tuangkan bancuhan tepung ke dalam pan dengan berhati-hati, kemudian masukkan gula perang dan kacang tumbuk sebanyak 1 sudu kecil bagi setiap pankek. Bakar di atas api yang paling kecil selama lebih kurang 3 minit, kemudian angkat dan terbalikkan setiap satunya supaya bahagian atasnya dapat dibakar juga. 

4. Angkat setiap pankek setelah warna kedua-dua bahagiannya kelihatan perang. Ulang langkah 2 - 4 hingga bancuhan tepung habis dimasak.

5. Hidangkan pankek mini bersama hirisan buah pisang berangan, kemudian tuangkan sos karamel secukupnya dan taburkan kacang tanah tumbuk di atasnya. Siap... enjoy! 😄




Sekian, beginilah gaya cheq membuat pankek mini dengan menggunakan tepung waffle dan pan telur goreng non-stick empat lekuk. Pan ni ada dijual di Shopee, hangpa boleh cari juga kalau teringin 😆✨


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

16 ulasan:

  1. Bagus juga boleh jadi penkek, tidak perlu pembuat waffle.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cheq nak cuba buat apam balik pula guna tepung ni juga 🤓

      Padam
  2. sedapnya selamat bersarapan ceq

    BalasPadam
  3. sedap ni..ada sos karamel..mesti lembut penkek ni..

    BalasPadam
  4. Hai,jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik tu, InshaAllah cheq akan join kalau sempat naa 😀

      Padam
  5. senang ada pan pakek dan waffle. bila teringin terus boleh buat. menarik ni. boleh beli nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila..syok bila masak sendiri ni, boleh buh macam-macam suka hati 😆

      Padam
  6. wahhh sempat 12.12 ya ciksue. berselera tengak pankek tu

    BalasPadam
  7. mak aaiiih susun susun gituu nampak menggodanya !!!
    iols lemah betoi tengok waffles ke penkek je.. semua sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi SYM..iols pun kekadang lemah jugak paihtu diet plan habih lempaq pi masuk laut 😂

      Padam
  8. great idea! boleh laa tukar menu ala2 mat saleh pasni... asik2 mkn cekodok bilis je sy ni hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..bagi ada variety lebih sikit kan, boleh buh macam-macam topping lagi..😋🥞

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤