Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, salam hujung minggu dan juga selamat menjalani fasa PKPP dengan tenang dan berhati-hati. Entri memasak lagi kali ni... jom kita masak Daging Masak Merah ala Thai pulak π©π»π³π
Inilah dia caranya cheq memasak Daging Masak Merah ala Thai yang mudah, cepat dan semestinya sedap, yang mana rahsia kesedapannya terletak pada pes perencah masak merah segera dari Dapur Thai Aroy, Sedap Deli by Sysfel. Hangpa boleh cari pes perencah Thai ni secara online kat Shopee (RM7.90 sepeket). Ada bermacam-macam pes perencah lain lagi untuk pelbagai jenis masakan ala Thai dari jenama ni. Apa? Risau halal ka dak produk ni? Jawapannya, mestilah halal weiii... ππ»♀️ππ»
Okeh, jom kita memasak... π©π»π³π
▶ Bahan-bahan:
✎ Daging lembu (bahagian batang pinang, lebih kurang 550g)
✎ Pes perencah masak merah segera (sepeket 160g)
✎ Gula (1 sudu besar)
✎ Bawang besar (2 biji saiz sederhana, dipotong dan dicincang)
✎ Bawang putih (4 ulas, dihiris)
✎ Daun bawang (sepokok saiz sederhana, dipotong kasar)
✎ Tomato (sebiji saiz sederhana, dipotong)
✎ Minyak masak (1 sudu besar, untuk menumis)
✎ Air (setengah cawan)
▶ Cara-cara:
1. Hiris daging mentah dengan agak nipis dan semestinya dalam arah yang melintang kepada alur otot daging tersebut. Elok hiris melintang supaya daging ni senang nak dikunyah nanti π§
2. Susun semua hirisan daging mentah tu di dalam sebuah bekas aluminium foil dan kemudian bakar di dalam Air Fryer pada suhu 180°C selama 25 minit.
3. Sementara menunggu daging siap dibakar, potong semua sayuran yang akan ditumis di dalam kuali bersama pes perencah sebentar lagi.
4. Apabila daging sudah siap dibakar, keluarkan dari Air Fryer dan ketepikan dahulu.
5. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi tu selama beberapa saat, kemudian masukkan air, pes perencah dan gula. Masukkan bawang besar yang telah dipotong, daun bawang dan tomato.
6. Masukkan daging yang telah dibakar tadi dan goreng sekali selama lebih kurang 5 minit. Siap π
4. Apabila daging sudah siap dibakar, keluarkan dari Air Fryer dan ketepikan dahulu.
5. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi tu selama beberapa saat, kemudian masukkan air, pes perencah dan gula. Masukkan bawang besar yang telah dipotong, daun bawang dan tomato.
6. Masukkan daging yang telah dibakar tadi dan goreng sekali selama lebih kurang 5 minit. Siap π
Sekian, beginilah caranya cheq memasak Daging Masak Merah ala Thai mengikut selera cheq. Maaflah kalau resipi ni tidak mengikut selera hangpa noo... ni versi cheq memasak daging tu guna Air Fryer terlebih dahulu, lepas tu barulah digoreng dalam kuali bersama pes perencahnya dan sayuran pilihan. Kalau nak memasak cara biasa, elok direbus dulu daging tu selama nak dekat sejam, lepas tu barulah dihiris nipis-nipis dan kemudian digoreng dengan pes perencah bersama sayuran kegemaran. Kot nak lagi padu dan pedas, hangpa boleh tambah ja cabai biasa ataupun cili api sebutir dua πΆπππ»
Jumpa lagi di lain entri!
π
sedap ni..kuah dia gaul dgn nasi..perghh..
BalasPadamMemang perghhh..aroy makmak! π
PadamTerjamin pes ini sedap kan?
BalasPadamMudah tidak perlu buat pes sendiri.
Flavor asas dia dah kira sedap la NA, tapi masih kena edit sikit tambah gula dan air ikut kesesuaian tekak sendiri ππ»✨
PadamTengok gambar pun dah nampak kesedapannya.
BalasPadamMemang sedap dan berbaloi ππ»✨
Padamhuish mengancam!
BalasPadamSila sila cuba π✨
PadamMudahnya masak guna pes dan air fryer. Nampak menyelerakan betul
BalasPadamMemang mudah dan cepat, sedap pun sedap! π✨
Padambestnya ada pes yang mudah ni..Senang kalau ada kat rumah..Jimat masa memasak
BalasPadamMemang cukup memudahkan, sedap pulak tu..π✨
PadamWaah disantap dengan nasi panas enak sekali ini, kak ...
BalasPadamTak terasa nasi telah banyak dimakan π
Betul tu pak π
Padambagus juga ada pes mcm ni..senang nk memasak :)
BalasPadamyg pastinya sedap!
Betoi tu, senang sangat π✨
Padamuiiiii ni yg mkn berpinggan2 smpi x sedarπππ
BalasPadamTu la bahaya nih, sekali skala boleh la π
Padamoo memudahkan ada pes macam ni
BalasPadamSangat memudahkan dan menjimatkan masa ππ
PadamSenangnya ada pes mcm ni, cepat siap kerja. :)
BalasPadamBetul tu π
PadamConfirm jadi favourite masakan anak-anak ni.
BalasPadamCuba jangan tak cuba π
Padam