Sabtu, 15 Ogos 2020

Review Blog Ct Cheery | Pemenang Segmen Teka Apa Itu oleh Cik Suerin

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, entri cheq kali ini ialah entri blog review buat pemenang ketiga bagi segmen blogger TEKA APA ITU yang cheq ada anjurkan dalam bulan Jun yang lepas. Tahniah sekali lagi cheq ucapkan buat puan Ct Cheery πŸŽ‰✨

Bismillahirahmanirrahim... ya, cheq masih rasa agak nebes untuk me-review blog orang tau, al maklumlah cheq ni kan masih berada dalam kategori blogger junior lagi πŸ‘ΆπŸ»πŸ˜†πŸ€­

Baiklah, dalam me-review blog orang ni, cheq akan berikan tumpuan pada blognya sahaja seperti nama blog, usia blog, blog layout, kemudahan navigasi laman blog dan topik-topik yang sering ditulis oleh penulis blog di laman blognya yang ceria dan berinformasi itu πŸ€“✨

Blog beliau yang diberi nama ~cT ChEerY-Diary aku Manja~ dengan url blognya ctcheery87.blogspot.com sudahpun berusia lebih kurang 11 tahun dan mempunyai jumlah pengikut seramai 239 orang pada masa review ini ditulis. Dan juga, blognya di-monetize dengan Nuffnang Ads 🎈

Tanggapan pertama cheq selepas melihat nama dan url blognya ialah, puan blog tersebut mestilah seorang yang ceria dan mesra orangnya, serta blognya mesti banyak menceritakan kisah harian, keluarga dan juga perjalanan kehidupan beliau πŸ§•πŸ»πŸ€΅πŸ»πŸ‘ΆπŸ»✨

Dari segi kemudahan navigasi dan penampilan layout pula, blog Ct Cheery kelihatan ceria, colorful dan senang untuk dibaca dengan mudah sekali. Selain topik berkaitan hal keluarga dan juga kisah harian, beliau sering menulis ulasan dan pendapat berkenaan pelbagai jenis produk serta servis yang beliau pernah gunakan setakat ini. E-novel pun ada. Gaya penulisannya yang santai dan ceria membuatkan cheq rasa terhibur setiap kali menjenguk ke blognya πŸ˜„πŸŽˆ 

Nak tahu lebih lanjut berkenaan blog Ct Cheery yang ceria dan berinformasi itu? Silalah pi tengok sendiri dan ikuti blognya sekali 😎

Sekian dulu sesi blog review tahap picis-picisan saja dari cheq. Dengan ini, selesailah sudah janji cheq untuk me-review blog tiga orang pemenang bagi segmen TEKA APA ITU yang telah diadakan oleh cheq pada bulan Jun yang lepas. Terima kasih atas sokongan yang diberi! InshaAllah, cheq akan buat lagi segmen blogger yang lebih menarik dan kreatif (harap-harapnyalah) di masa akan datang πŸ˜‚πŸ˜†✨


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

14 ulasan:

  1. Waalaikumussalam.
    Selamat me-review dan berblogging.

    BalasPadam
  2. Pernah lawat blog Ct Cheerry.
    Hehe buatlah peraduan dengan hadiah yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cheq tengah mempertimbangkan cadangan itu NA hihi ✨

      Padam
  3. Balasan
    1. Thank you Cam for always dropping by ✨

      Padam
  4. Oklah tu, tererl jugak ni review orang hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi ya ka wah timakasih SR πŸ˜†

      Padam
  5. Tahniah ct cheery. Pernah juga singgah blog ct cheery.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita saling sapot sama bloggers πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam
  6. Tahniah ct cheery..oklah, Cik Sue..terer gak ni review..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihh ya ka hihi timakasih KakNO πŸ˜†

      Padam
  7. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ ct cheeryπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ insya allah akn follow blognya kejap lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila..sama-sama kita saling sapot sama bloggers tempatan πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤