Ahad, 20 Januari 2019

Bila Tengah Blur Nak Makan Apa

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, sekarang ni dahhh pun masuk ⅔ bulan Januari tahun 2019 kan, laju sungguh laa masa berlalu πŸ˜…. Entri cheq kali ni lebih kepada nak tahu menu KFC apa yang hangpa cenderung untuk order apabila tengah blur atau takdak idea nak makan apa-apa menu yang spesifik di KFC... boleh pulak macam tu noo, ka cheq sorang ja yang selalu ada perasaan blur dalam bab nak order makanan ni... πŸ˜…

KFC Twister Box, RM15.50 (dine-in) dengan minuman Iced Lemon Tea. Twister ialah menu Kepci yang cheq cenderung untuk order apabila masuk KFC tapi tak ada keinginan nak cuba menu apa-apa secara spesifik. Kiranya KFC Twister ni dah jadi macam 'standard menu' bagi cheq la bila ada perasaan macam nak makan Kepci, ataupun bila nak jumpa member lama pastu bercadang nak lepak sambil makan-makan di Kepci... πŸ˜‚

Hujung minggu hari tu cheq pi melepak di KFC Arau sat semata-mata untuk berjumpa dengan sahabat lama cheq yang balik bercuti buat beberapa hari di Perlih ni. Bila masuk Kepci hari tu, cheq jadi serupa blur pulak nak order makanan apa... jadinya otak cheq masa tu macam sudah ada setting tersendiri yang akan beri isyarat kepada cheq untuk memesan Twister. Memang dari dulu sampai sekarang, Twister Kepci ni belum pernah mengecewakan cheq dari segi rasa, kuantiti dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Daun salad, tomato, ayam crispy, roti pita nipis dan sos keju (atau mayonnaise, bergantung pada set promosi semasa) merupakan sebuah kombinasi makanan yang tidak akan membuatkan selera makan cheq terbantut. Bila-bila masa pun cheq boleh melahap Twister ni, maka sebab itulah agaknya otak cheq dah label Twister ni sebagai pilihan 'standard menu' yang wajar dipesan sekiranya cheq tidak ada keinginan spesifik untuk makan apa-apa makanan lain semasa cheq tercongak blur di hadapan mana-mana kaunter pesanan Kepci πŸ˜‚


Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, set Twister Box ni berpatutan dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya. Dalam set ni ada seketul ayam goreng, satu Twister dengan sos keju, sedikit kentang goreng dan segelas minuman sejuk. Kenyang betul rasanya selepas dah habis makan set ni hari tu. Makan di waktu tengahari, kenyang sampai ke tengah malam πŸ˜€

Kelazatan - Cheq bagi markah 4 bintang dari 5 bintang πŸ‘Œ

Keberbaloian - Cukup berbaloi dijadikan 'standard menu' di dalam setting otak cheq di kala cheq tidak ada idea untuk order makanan apa apabila ke KFC dalam keadaan perut tengah kelaparan πŸ˜‚


Sekian dulu ulasan pendapat peribadi cheq berkenaan KFC Twister Box. Alhamdulillah 😊


Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Twister menjadi pilihan hati 😎

      Padam
  2. rajin makan kfc.

    tapi memang sedap pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekadang tu memang blur nak makan apa, pastu masuk kepci ja la πŸ˜…

      Padam
  3. meh mkn kt umah syπŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish jemput tu..hihi makaseh, ni ajak2 ayam ka atau ajak bebetul untuk makan ayam? πŸ˜‚

      Padam
  4. Tetiba rasa nak makan kepci jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepci memang legend dan evergreen sangat 😎

      Padam
  5. Kalau tak ada menu baru biasanya saya akan order Twister, Snack Plate atau Loaded Go Bowl. Cheezy wedges pun antara favourite kalau ke KFC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq tak pernah order Loaded Go Bowl lagi, nanti nak cuba! πŸ˜‹

      Padam
  6. tak pernah cuba lg yang ni..ada wrap, ada ayam goreng + french fries lg..mmg berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan waktu tghari, kenyang sampai ke tengah malam πŸ˜†

      Padam
  7. Thanks for your visiting my blog 😊 I followed your blog 😊

    BalasPadam
  8. You're welcome and thank you too 🌷

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤