Ahad, 7 Disember 2025

Pekena Daily Coffee punya Cappuccino 3 in 1 Kopi Segera

Salam hujung tahun semua! 🙋
 
Tempat hangpa kena banjir besar dak baru-baru ni? Kawasan kediaman cheq terjejas juga la kat Perlis ni dalam minggu keempat bulan lepas, tapi Alhamdulillah la tak teruk mana pun kat sini, kami tak perlu pi PPS pun. Ayaq bah masuk rumah sikit ja kena kat area ruangtamu selama 3 hari. Sekarang ni tengah dalam fasa pembersihan kawasan laman rumah saja, kutip cuci dan susun balik barang-barang yang berselerak merata keliling rumah 💪👀

Kesian sungguh laa kat depa-depa yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas teruk sampai ada yang kena pi dok di PPS berhari-hari masa tu, tak tau cheq nak kata apa 😞😔

Rabu, 22 Oktober 2025

Order Lauk Pauk Sahaja pula dari Restoran Wallaya Jejawi

Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨

Entri makan-makan kali ni cheq nak sembang pasai lauk pauk yang cheq pesan baru-baru ni dari restoran Wallaya Jejawi, Perlis 😋

Ahad, 5 Oktober 2025

Pertama Kali Pekena Cocon Yogo Ice Terus Berkenan!

Salam Oktober Semua! 🙋✨

Okeh, cheq nak sembang pasai topik makanan lagi, kali ni kita fokus pada produk aiskrim pula. Apa pasai laa cheq tak pernah perasan pun aiskrim tiub Yogo Ice ni selama ni? Punyalah sedap, murah pulak tu. Local product lagi... 🥹 🥲 

Selasa, 16 September 2025

Corndog Anak Ramai dari Kelantan

Salam Hari Malaysia semua! 🙋✨

Entri kali ni cheq buka topik makanan. 'Corn dog' adalah sejenis makanan snek yang berasal dari Amerika Syarikat sana. Secara asasnya corn dog ni terdiri daripada sosej (hot dog) yang dicucuk pada kayu pencucuk dan kemudian disalut dengan sebatian tepung bercampur cornmeal yang seterusnya digoreng dalam minyak masak sehingga perang keemasan 🧐

Jumaat, 29 Ogos 2025

Pekena Chicken Chop, Nasi Goreng Cina dan Cappuccino Ais dari Wallaya Jejawi

Salam Merdeka semua! 🙋🏻‍♀️✨

Entri makan-makan kali ni cheq nak sembang pasai chicken chop, nasi goreng cina dan minuman kopi cappuccino ais dari restoran Wallaya Jejawi, Perlis 😋