Jumaat, 15 Februari 2019

Aiskrim Kuda Bertanduk Satu

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, sudah cuba aiskrim WALL's UniCornetto yang tengah meningkat popular sekarang ni? Mesti ramai dah pakat mencuba aiskrim WALL'S yang terkini ni kan? Cheq ja kot yang baru sempat nak merasa. Punya laa takmau terlepas kapal, sana sini ada review eskrem ni... cheq pun nak la buat review jugakkk πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

WALL's UniCornetto - RM3.20. Unicorn la pulak noo... layan ja lah, aiskrim ni Halal tau, jangan pi kata tak Halal pulak naa... πŸ˜‡

Petang kelmarin cheq singgah ke kedai serbaneka dengan niat untuk menyelongkar tong aiskrimnya demi mencari Wall's UniCornetto (pehhh, tak boleh belah punya niat macam nih... πŸ˜‚). Terfikir jugalah awat tema Wall's kali ni Unicorn? Adakah sebab nama haiwan kuda mitos yang bertanduk satu itu mempunyai perkataan 'Corn', maka apabila digabungkan namanya dengan Cornetto maka jadilah UniCornetto? Sebab ini sajakah, atau ada lagi sebab-sebab yang lain? Cornetto perisa jagung (corn) sudah pernah ada belum? 🧐🌽

Baiklah, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya agak sedikit 'up' berbanding aiskrim-aiskrim lain yang tidak kalah dari segi rasa dan texturnya πŸ˜„

Kelazatan - Tertulis pada kertas pembalutnya: "Marshmallow and Cotton Candy Flavored Ice Confection with Strawberry Flavored Syrup and Topped with Colored Chocolate Coated Cereals Crunch (Cornetto Royale Unicornetto)". Cheq bagi markah 3 bintang dari 5 bintang. Ini pendapat tekak cheq sajalah, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana. Nasib baik ada strawberry syrup (yang macam strawberry jam) kat tengah-tengah aiskrim tu... kalau tak, mau cheq tolak lagi 1 bintang 😬

Keberbaloian - Kurang berbaloi dengan harganya yang agak sedikit 'up' dari kebiasaan, dan rasa aiskrim ini tidaklah begitu menarik semenarik namanya itu (pada pendapat cheq sajalah naa...) πŸ˜€

OKlah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan aiskrim WALL's UniCornetto ini. Syukur Alhamdulillah 😊

Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

28 ulasan:

  1. Your ice cream looks delicious!

    BalasPadam
    Balasan
    1. It looks delicious but did not taste as good as it looks 😬

      Padam
  2. hahaha taksuka sangat yang ini, okalah kalau nak try tapi nak beli kali kedua tak kot :p baik ambik yang coklat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi! Suka yang vanila atau coklat lagi πŸ˜†

      Padam
  3. Tengok macam menarik... In shaa Allah kalau berpeluang nanti try. Tapi nak try yang vanilalah. Haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..cheq tunggu Cornetto keluar perisa jagung 😬

      Padam
  4. belum try lg wpn selalu nmpk kt kedai😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdak feeling nak try eh aiskrim yang ni? 🀭

      Padam
  5. Tak try pun walaupun tengah viral sekarang ni. Lagipun tak minat sangat flavour dia & harga pun boleh tahan mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marshmallow dan cotton candy tu macam tak menarik sangat kan..😬

      Padam
  6. Ramai yang beli ais krim ni sebab cantik tapi ramai juga yang cakap rasanya biasa-biasa je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi..termasuklah cheq ni sekali 🀣

      Padam
  7. Balasan
    1. Hi Radka, I'm writing in Malay language 😎

      Padam
  8. Belum try lg..anak menakan mesti suka tema unicorn2 ni..baru ni kek harijadi tema unicorn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambuih, tema kek besday unicorn..macam tengah glamer pulak unicorn sekarang ni kan..πŸ˜„

      Padam
  9. dari segi rupa macam sedap sangat ...

    boleh cuba..

    sekali untuk seumur hidup jadilah

    BalasPadam
  10. Kegemaran setiap anak yang suka makan aiskrim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak memang kebanyakannya hantu aiskrim πŸ˜„

      Padam
  11. NYA CORNETO LAMA DH XRASA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun kadang-kadang saja beli aiskrim cornetto πŸ˜„

      Padam
  12. Balasan
    1. rupa dia memang menarik tapi rasa dia kurang menarik 😬

      Padam
  13. Dah lama x mkn eskrim Cornetto... Yg ni kurang sedap eh? Nmpknya akak stick with coklat ja. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..pada cheq UniCornetto kurang sedaplah, sekadar nak cuba sekali tu OK laa..πŸ˜„

      Padam
  14. depa up harga lee harga kuda tanduk satu depa suruh kita bayar =P

    BalasPadam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas