Ahad, 23 Ogos 2020

Balm Bidara As-Syifa' itu Panas tetapi Melegakan

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pahabaq hangpa di hari hujung minggu ni? Dah ada yang siap pasang bendera Malaysia kat rumah ka sempena menyambut ulangtahun hari kemerdekaan negara kita yang tercinta ni? 😎🎈

Okeh... dalam entri kali ni, cheq nak berkongsi pengalaman sikit berkaitan sakit otot dan balm bidara πŸ§πŸ˜€

Balm Bidara As-Syifa' Lemon dan Original 

Ni cerita pengalaman cheq beberapa minggu yang lepas di mana cheq tiba-tiba diserang sakit otot yang agak ekstrim di bahu... huwarhh πŸ™ƒπŸ˜·

Ceritanya macam ni... kejadian tu berlaku semasa cheq sedang membeli beberapa barangan dapur di sebuah kedai runcit. Semasa cheq sedang ghalit (asyik) menggagau produk ayam sejuk beku yang ada jauh di dasar box freezer yang terdapat di kedai tu, bahu cheq tiba-tiba terasa sakit yang agak yarabbiii tahapnya... sakitnya tuh di sini bahagian bahu dan ketiak sekali yadoiii! πŸ˜–Nasib baik jugaklah kawasan freezer di kedai tu agak terlindung dari pandangan orang, dan waktu tu tak ada orang sangat dalam kedai tu. Bolehlah cheq urut-urut dan tepuk-tepuk sikit bahu cheq yang dalam kesakitan tu, lepas tu cheq pun buatlah beberapa gerakan senaman otot lengan dan bahu untuk meredakan serangan otot yang melanda. Bila dah kurang sikit sakitnya, cheq pun terus ambil barang apa yang belum diambil lagi dan kemudian pergi bayar di kaunter kedai πŸ™‚

Bila cheq dah sampai rumah dan sedang rilek-rilek di sofa, macam biasa cheq pun beleklah smatpon, kemudian baru perasan ada mesej Whatsapp dari sepupu cheq yang cheq belum baca lagi. Dah selesai baca dan reply apa yang patut tu, cheq pun ceritalah kat dia apa yang cheq alami dan lalui sebentar tadi di kedai runcit. Sembang punya sembang, esok tu dia mesej kat cheq yang dia ada order dua jenis balm bidara As-Syifa' untuk cheq, lepas tu dia bagi tracking number Poslaju sekali. Uishh terharunya hatiku ini ada sepupu baik hati caring-maring macam ni... dah la baik, comei pulak tu orangnya (amboih puji melambung) πŸ˜‚

Jadi, apa rasanya bila pakai balm bidara ni? Rasa dia... agak panas dan berangin, tapi takdak la teruk mana pun panasnya tu, tidaklah ganas macam Ammeltz Yoko Yoko tu... 😬. Pada cheq, tahap panas balm bidara ni boleh dikatakan biasa-biasa saja, agak mild gitu. Panasnya pun sekejap saja, kemudian ada rasa berangin dan melegakan. Selepas lebih kurang sejam, bahu cheq pun rasa lebih selesa dan lega. Rasa lenguh-lenguh otot yang masih berbaki di bahagian tengkuk pun reda sekali. Lagi satu, cheq suka dengan bau balm bidara ni... baunya nyaman, segar dan menyenangkan πŸ˜ŽπŸƒ

Demikianlah cerita pengalaman cheq berkaitan sakit otot dan balm bidara As-Syifa'. Baguih balm bidara ni, cheq suka. Cheq tengok kat Shopee pun ada produk ni, harga dia cukup berpatutan. Recommended πŸ§πŸ‘πŸ»



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

11 ulasan:

  1. Saya pun ada minyak bidara tapi jenis sembur dan jenama lain. Alhamdulillah dapat melegakan sakit otot Cik Suerin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. berkesan kan ekstrak pokok bidara ni NA..πŸ˜„

      Padam
  2. uiiiii nak try jugakkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Padam
    2. jap nk korek tabung dulu hehehe

      Padam
  3. terasa2 leganya bila dapat sapu dekat badan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa panas sat ja lepas tu berangin..selesa rasanya πŸ˜„πŸ‘πŸ»

      Padam
  4. Alhamdulillah dpt balm yg melegakan...baik hati sepupu Cik Sue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sangat 🀲🏻✨

      Padam
  5. suka pakai balm sebab panas dia. Kalau pakai minyak bidara dia macam kurang panas sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas dia berangin, dan bau dia pun wangi πŸ€“πŸƒ

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤