Jumaat, 22 November 2019

KFC Sawadee Crunch - Rasa Thai Mesti Bantai!

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pejam celik pejam celik dahhh nak habih bulan 11 dah noo, nak masuk tahun 2020 dah kita ni. Cepatnya masa berlalu kan... anyway ada yang sudah mencuba set ayam KFC baru ala Thai ni - KFC SAWADEE CRUNCH? Sensasi ayam goreng rangup ala Thai la pulak... haa kasi chance kat Thai la pulak kan, sebelum ni asyik demam Korea ja semua... πŸ˜†πŸ—πŸ—πŸ—

KFC Sawadee Crunch - set combo 3 ketul ayam dengan harga RM18.90. Dalam set ni ada 3 ketul ayam,  ada coleslaw, ada kentang putar dan juga minuman (cheq pilih mango drink) πŸ‘

Minggu lepas cheq ada turun KL sat sebab nak hadir majlis kenduri kahwin member cheq. Dalam masa cheq berada di KL tu, banyak juga la kedai makan menarik yang cheq sempat terjah... nanti cheq story kendian satu persatu di lain entri. Antara beberapa kedai makan yang cheq singgah tu, cheq ada singgah KFC di area Dengkil untuk tapau makan malam. Masa tu cheq belum cuba lagi ayam goreng ala Thai yang diberi nama Sawadee Crunch tu, maka cheq pun order laa hat tu. Lagi pun iklan promosinya telah berjaya mengusik perasaan ingin tahu cheq untuk mencubanya. Cheq ambik set combo hat ada 3 ketui ayam goreng tu (bukan cheq makan sorang tau ni, ni berkongsi dengan rakan subahat... hihi) 😁




Menarik kan iklannya? Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harga dia agak sedikit up dengan kualiti dan kuantiti produk makanannya. Kalau ada tambah satu regular fries ka, baru cheq akan rasa berpatutan πŸ‘Œ

Kelazatan - Cheq bagi markah 3½ bintang dari 5 bintang. Kulitnya rangup, pedas berempah dengan perisa limau dan serai, tetapi agak terlebih masin sedikit. Isi ayam bahagian dalamnya lembut dan moist, elok ja just nice gitu langsung tak kering. Air mango dia sedap, manis masam-masam lagi sejuk dan menyegarkan πŸ˜‹

Keberbaloian - Kalau terpaksa beratur panjang untuk membeli ini lagi, cheq sanggup beratur kurang dari 5 minit saja. Kalau perlu beratur lebih dari 5 minit, cheq tak sanggup tunggu dah πŸ˜€

OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan KFC Sawadee Crunch. Apa-apa pun cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah 😊



Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

29 ulasan:

  1. Lezzetli gârünüyor 😊 seviyorum bende bu şekilde tavuk 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap bukan? Saya suka ayam yang dimasak seperti ini juga πŸ˜„

      Padam
  2. Nice review, baca entri ni dan dan cheq rasa lapaq sawadee crunch aihhhh...kepci kat depan tu dah tutup la pulak tengah2 mlm ni ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timakacih PokNaa πŸ˜†.. laah ingatkan kepci Dengkil tu buka 24 jam.. πŸ˜…

      Padam
  3. saya suka kfc sawadee crunch ni, sebab ada rasa masam sikit, tap tak kuat sangat. just nice

    jom singgah www.hellokerja.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia masam-masam pedas gitu, bila pekena dengan sos cili dia rasa menyengat la jugak pedasnya πŸ˜…

      Jom saling follow memollow 😎

      Padam
  4. Saya suka KFC Sawadee Crunch ni. Tak tahulah berapa kali dah saya cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho..nanti bila kepci dah stop keluarkan ayam guring versi Thai ni janganlah JR berdukacita πŸ˜…

      Padam
  5. dah rasa sekali, tapi tak kena dgn selera...hihihi...masih belum puas lagi makan ayam kfc spicy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepci hot n spicy tu wajib kena ada sentiasa, kalau stop keluarkan yang tu agaknya cheq akan boikot kepci.. πŸ˜‚

      Padam
  6. pernah makan sekali..tak brp suka, pedas & masin bebeno..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..KakNO dapat hat terlebih banyak garam kot, kena makan isi ayam ja la..kulit dia kena buang πŸ˜…πŸ˜‚

      Padam
  7. dah rasa hari tu

    kebetulan lepas demam.

    jadi rasa hambar kerana selera belum pulih sepenuhnya

    BalasPadam
  8. sedapnyeee tapi kita tengah on diet ni huaaaa,,, done follow sini kalau sudi mai la follow kita juga hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi tq sudi follow naa..cheq ni kan, orang sekali sudi cheq dua kali sudi tau, follow jangan tak follow πŸ˜†✨

      Padam
  9. sama, mana ada rasa thai, mesti terkam. sedap jugak Sawadee ni.. shu pun suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, crunchy dan pedaih tapi macam terlebih masin sikit rasa dia 😬

      Padam
  10. Tak sempat rasa ari tu...dah takde jual dah kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah rasanya dah diganti dengan Hot & Cheesy chicken sekarang nih πŸ€”

      Padam
  11. harga dan rasa x selari..so x jadi lah nk p hehehe

    BalasPadam
  12. nak kena test ni.
    last friday spent masa dgn ofismet kat kfc.
    tak teringat nak try ni. tak perasan ada lagi ker tidak.
    mcm menarik jer review CS ni. mcm nak kena try :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah diganti dengan Hot & Cheesy chicken la ni huhuu πŸ˜…

      Padam
  13. Balasan
    1. Cheq pun hampir nak terlepas yang ni, nasib baik sempat juga merasa sekali 🀭

      Padam
  14. Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D

    - perfume malaysia
    - hadiah untuk lelaki
    - pewangi kereta

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤