Sabtu, 7 September 2019

Burger Ayam Terhangat Sensasi Korea Marrybrown yang memang Hangat

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua 🙋😄

Dalam entri yang sebelum ni, cheq dok cerita pasai Korean Sensasi Ayam Terhangat Marrybrown kan... well, entri kali ini ialah berkenaan burgernya pulak 😆🍔🍟


Hujung minggu yang lepas, cheq berkesempatan untuk singgah ke Marrybrown Kangar sebentar semata-mata kerana ingin mencuba menu Sensasi Korea Ayam Terhangat mereka (yang mungkin sudah pun habis promosinya ini) iaitu kombo Kepak Ayam Terhangat dan kombo Burger Ayam Terhangat 😆

Set kombo Burger Ayam Terhangat Sensasi Korea MB (tahun 2019) yang berharga RM14.60 (take-away) ini mengandungi sebiji burger ayam bersos pedas Korea, kentang goreng biasa (jumlah sederhana) dan segelas minuman ringan berais (cheq pilih Mango Peach) 👍

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya sedikit up dan kurang berbaloi dengan saiz produk makanannya 😅

Kelazatan - Cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintang. Kepedasan dan kehangatan sos pedas Korea yang ada dalam burger ni memang terserlah. Marvelous dan sesuai dengan tahap kepedasan yang cheq jangkakan. Roti bun burger ni pun cukup lembut dan sedap, cantik dihiasi dengan bijan hitam dan putih. Kuantiti sayur lettuce yang ada dalam burger ni pun just nice saja, kena dengan selera cheq. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄

Keberbaloian -  Berbaloi dengan harganya sekiranya saiz burger ini dapat ditambah sebanyak sekurang-kurangnya ⅓ kali ganda lagi 😂


Okeh, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan kombo Burger Ayam Terhangat Sensasi KOREA dari Marrybrown. Gembira cheq sempat juga menikmati menu item yang seketika cuma hadirnya ini. Syukur Alhamdulillah 😊

Support Marrybrown, support our local brand 😎👍🏻




Jumpa lagi di lain entri!
🙋

20 ulasan:

  1. Good post 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  2. bole difikirkan untuk cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau menu ni masih lagi available sekarang di MB, boleh la cuba 😅

      Padam
  3. kalau ada cawangan di Kelate meme abe kie gi beli slaluh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat Kelate, Marrybrown ada di Kuala Krai dan Gua Musang 😬

      Padam
  4. WOW NAMPAK SEDAP SGT BELUM CUBA RASA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dan cukup pedas sosnya, tapi menu ni sekejap saja hadirnya huhuu 😞

      Padam
  5. nampak besarlah saiz burger dia. kotak pn cun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilusi gambar saja tu barangkali hihi 😬

      Padam
  6. Tak tahu pula MB ada keluarkan burger ni. Ayam Korea tu saya perasan lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sensasi Korea MB datang dengan 2 kombo items, iaitu ayam dan burger 😎

      Padam
  7. menarik baca review Che Suerin...jrg gi MB sbb outlet dia tk byk kt KL ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq KakNO 😎
      Ooh ya ka..semoga ada pertambahan outlet MB di sekitar KL 😄

      Padam
  8. nampak mcm sedap...harap2 jgn ler pedas sgt sampai budak2 tak leh makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa..budak2 boleh order menu MB yang lain, mak bapak budak2 pula boleh la order yang pedas2 terhangat tu 😬😆

      Padam
  9. sedapp tu. lagi pedas lg sedap..sbb kte suka pedas..hehe

    BalasPadam
  10. Terliur pulak tengok burger tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pi Marrybrown minggu lepaih ingat nak order burger ni lagi, tapi dah takdak dalam menu dia. Sedih..😞

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤