Ahad, 4 Ogos 2019

Ikan Sardin Jepun Taruh Atas Telur Ayam dan Nasi di SUSHI KING

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, topik entri cheq kali ini ialah berkenaan menu item terkini yang seterusnya dari Sushi King, iaitu ikan sardin Jepun taruh atas telur ayam dan nasi... 😆🐟🍳🍚

Perhatian cheq tertumpu kepada Mentaiko Hotate Yaki, iaitu kekapis bakar bersama telur ikan kod masin (RM14.96) dan Japanese Iwashi Kabayaki Don iaitu ikan sardin Jepun taruh atas telur ayam dan nasi (RM16.12). Yang kekapis bakar tu cheq dah review dalam ENTRI YANG SEBELUM NI. Entri kali ni nak fokus pada Japanese Iwashi Kabayaki Don 😆

Dua minggu yang lepas cheq terasa macam naaak sangat pekena sushi, jadinya cheq pun singgah la Sushi King yang ada di Kangaq ni seorang diri setelah selesai membeli barang dapur sikit di Giant Hypermarket. Cheq memang dah aim nak cuba menu item yang terbaru di Sushi King ni, iaitu kekapis bakar (hotate yaki) bersama telur ikan kod masin (mentaiko). Selain itu, cheq juga ada tapau bungkuih bawa balik Japanese Iwashi Kabayaki Don... 😆👇


Baiklah, menurut pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, ianya sudah berpatutan dengan kualiti dan saiz produk makanannya. Berkhasiat serta cukup mengenyangkan 👌

Kelazatan - Cheq bagi markah 3¾ bintang dari 5 bintang. Markah ni boleh naik lagi sekiranya ada hirisan jeruk halia Jepun ditambah sekali. Ikan sardin dari jenis bilis besar dalam hidangan ini rasa macam ikan mackerel goreng yang disapu dengan sos kicap manis Jepun. Nak bagi lebih menarik lagi rasa hidangan ni, bolehlah tambah sedikit wasabi dan Shoyu (kicap Jepun), kemudian gaul dengan nasi dan telur dadar nipis tu sampai sebati. Ini pendapat tekak cheq sajalah naa, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana 😄

Keberbaloian - Cukup berbaloi dengan kualiti makanan dan servis pelanggan di sini. Jangan lupa download aplikasi Sushi King, canggih baq haaang... muat turun aplikasinya dari Play Store dan install kat smartphone, lepas tu register dan bolehlah hangpa redeem Smile Points bila mai makan kat sini nanti. Bertambah lagilah keberbaloian untuk 'menangkap sushi' lagi di sini lepas nih! 😍😆


Baiklah, sekian dulu ulasan pendapat cheq berkenaan Japanese Iwashi Kabayaki Don (ikan sardin Jepun taruh atas telur ayam dan nasi) dari Sushi King, cawangan Kangar, Perlis. Syukur Alhamdulillah 😊



Jumpa lagi di lain entri!
🙋

22 ulasan:

  1. ooo peminat mknn jepun rupanya😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..makanan korea pun cheq minat juga 😋

      Padam
  2. Lama xmkn sushi 🍣 hehe terliur lak nengok gambar Tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena singgah sushi king la ni, pi waktu bonanza lagi syok 😆👍🏻

      Padam
  3. Makan dgn sos cili, sambal kicap, sedap nih..hilang kejepunan..

    BalasPadam
  4. menarik nii...dah terliuq

    BalasPadam
  5. ok tetiba nak makan sushi pulakkkkkk. sedapnyaaaa. tersinggah sini and click ads pulak ehh haha. followed u here too #56 ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi tqvm! Followed your beautiful blog too 🤓✨

      Padam
  6. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam
  7. Wah menarik, kebetulan lama tak pi Sushi King..
    Next visit boleh order menu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila-sila, selagi menu ni masih available..😎

      Padam
  8. Kami xbesa makan makanan Jepun ni, tapi nampak menarik bila hangpa review.. Salam AidilAdha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..kena try jugak sekali mana tau kot buleh tersangkut nanti 😆

      Salam AidilAdha 🧕🏻🤝🏻

      Padam
  9. lama sangat dah tak pi Sushi King. skrnag ni update menu depa yang baru pun tatau.
    jarang order set set cemni. usually atas kaiten je..
    tapi kite baca title tu hehe kelakar pulak. cute pun ada =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..cheq memang suka buh title yang luar dari kebiasaan sikit 😂

      Padam
  10. baru pegi sushi king a few weeks ago. x teringt pulak nak try ni. alamak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak..kena cepat selagi menu ni still available 😆

      Padam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas