Sabtu, 29 Jun 2019

Gegelang Bawang Goreng Domino's yang SO-SO...

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, kita sudah pun berada di penghujung bulan Syawal. Semua sudah pakat selesai Puasa Enam masing-masing belum? Cheq tinggal lagi satu hari untuk menyempurnakannya... πŸ€“πŸ˜†

Baiklah, entri cheq kali ini ialah berkenaan gegelang bawang goreng pula... πŸ˜‹πŸ§„πŸ§„

Garlic cheese onion rings (Domino's side order) - RM8.90

Dalam bulan Ramadhan yang lepas, cheq berkesempatan untuk singgah ke DOMINO's PIZZA Kangar sekejap untuk menapau (bungkuih bawak balik) menu terbaru mereka untuk dijadikan juadah berbuka puasa, iaitu Ayam Haseyo (versi baru) selain Ssamjeang Beef PizzaBlueberry Cheesecake dan side order yang terakhir untuk diulas ini, Garlic Cheese Onion Rings πŸ˜„πŸ‘‡πŸ»

Sumber: Domino's Pizza Menu Malaysia

Baiklah... pada pendapat tekak cheq, penilaian cheq adalah seperti berikut:

Harga - Pada cheq, harganya kurang berpatutan dengan jenis, kualiti dan saiz produk makanannya πŸ˜…

Kelazatan - Kalau ditanya sedap ka tak sedap rasanya? Cheq bagi markah 2½ bintang dari 5 bintang. Pada pendapat cheq, nama produk dan description dalam iklannya saja macam gempak tapi produk sebenarnya 'so-so' saja. Rasa serbuk keju dan bawang putihnya langsung tidak menyerlah. Tapi kan, ini cuma pendapat peribadi cheq sajalah ya, personal taste gitu. Pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana noo... πŸ€“

Keberbaloian -  Tidak berbaloi pada cheq. Cheq boleh buat onion rings sendiri yang mana rasanya jauh lebih sedap dari yang ini. Beli saja bawang besar Holland yang gemuk-gemuk, tepung tempura dan kemudian goreng sendiri. Pada cheq, onion rings versi goreng pakai tepung tempura adalah jauh lebih menyelerakan jika dibandingkan dengan versi goreng pakai serbuk roti (breadcrumbs) yang macam ini πŸ€”πŸ˜¬


OKlah, sekian dulu ulasan pendapat personal cheq berkenaan Domino's Garlic Cheese Onion RingsApa-apa pun, cheq gembira kerana berkesempatan juga untuk mencuba menu ini. Syukur Alhamdulillah 😊




Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

18 ulasan:

  1. SO SO JE RASANYA YA...HARGA KAN MAIN..BAIK BUAT SENDIRI SU LBH MAVLES

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasai KakPI..harganya bukan main, tapi kalau sedap tu takpa la jugak kan, ni hmmm..😬

      Padam
  2. LZ masih belum cuba lagi onion ring dari Domino's..
    Betul kata Cik Suerin, onion ring ni puas hati buat sendiri boleh letak segala macam rempah ikut suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat sendiri, boleh buat bagi jadi macam-macam versi, lebih sedap dan rangup, dan semestinya lebih menjimatkan serta dapat makan sampai kenyang πŸ˜‹

      Padam
  3. mungkin lain org lain tekaknya, kan.... tak apalah... kalau domino's baca entry ni harap diorg take note hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepertimana yang cheq dah mention above, pendapat tekak orang lain pula tak pastilah macam mana noo..πŸ€“

      Padam
  4. nmpk mcm sedap jer..jarang order onion ring..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la KakNO try order sekali, tengok sedap ka dak πŸ˜„

      Padam
  5. Tak pernah beli lagi produk ni

    BalasPadam
  6. kenot go...hahaha...pernah sekali makan, sebab ingatkan sotong goreng tepung. luah balik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai terluah balik tu..πŸ˜‚πŸ€£

      Padam
  7. dominos ni kami suka pizza dia ja.. hat lain tauk tepi. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tauk tepiii hihihi kejam bunyinya tu..πŸ˜‚

      Padam
  8. size dia besar2 gak eh.. ingtkan cem cenonet ja. tapi x minat..
    ade ni anak buah memang suka onion ring ajak pegi tapi makcik dia malas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..saiz onion rings ni dah kira orait tapi tu laa..rasa dia just so-so, kalau buat sendiri boleh jadi lagi power πŸ˜…

      Padam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas