Rabu, 24 April 2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, cheq nak habaq kata cheq join segmen blogger lagiiii... kali ni segmen blogwalking cik Jannah Ramli (The Wonderful Jannah) pula 💁🏻‍♀️✨✨


Klik banner di atas untuk tengok apakah syarat-syaratnya dan jom join beramai-ramai. Mudah sangat aih! 😄

Tarikh tutup terkini bagi segmen blogwalking TWJ ini ialah pada 30 April 2019. Macam cun ja noo tarikh ni, sama dengan tarikh akhir cukai E-Filing 2019 untuk menghantar Borang BE bagi taksiran tahun 2018. Harap semua yang berkaitan tu dah selamat submit borang BE masing-masing la naa 😬 

Baiklah... sebab apa cik JR (boleh kan kalau cheq guna singkatan JR sebagai penggilan mesra di alam blogging ni? 😆) perlu singgah ke blog cheq yang tidak glamer dan baru berusia setahun jagung ini? Update pun tak selalu pastu topik pun tak hot-hot, tiada gossip panas yang membawang atau menyibuk hal sesiapa. Blog cheq ni selalunya akan ada cerita pasai makanan dan review apa-apa produk, servis atau kedai yang cheq rasa bagus atau menarik untuk diulas. Eeh... best ka layan blog yang macam ni?? 😂

Hihihi... haa, itulah dia identiti blog cheq ni sebenarnya. Kalau suka, mai follow sini. Cheq pasti akan membalas follow dan kunjungan hangpa semua tau. Kalau ada channel YouTube, habaq mai kat sini, nanti cheq akan jenguk channel hangpa juga... 😎♥

Sekian dulu entri cheq kali ini. Cheq suka pada kritikan yang membina... 💪🏻😎


Jumpa lagi di lain entri!
🙋 

30 ulasan:

  1. Terima kasih kerana memeriahkan segmen ni, Cik Suerin. Cheq ok ja kalau nak panggil JR. Yang best di blog Cik Suerin ni, cheq boleh belajaq loghat utagha. Ada macam orang Utagha dah ka?😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi haa ada gaya dah tu, nanti boleh la JR try praktis dengan kawan2 utara kat campus tempat JR study sana 😆👍🏻

      JR nak panggil cheq ni CS pun takpa, takdak la panjang sangat nak taip 'Cik Suerin' tu 😂

      Padam
  2. Good luck!! citer pasai makan mmg best..keep it up..

    Belum buat lagi e-filing..huhu..dok riki-riki apa password, maklumlah setahun sekali buat..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi TQ KakNo..tu la bab passwords untuk sites yang jarang dijenguk ni memang cheq biasanya tulis dalam buku kecik khas yang cheq simpan elok2 untuk rujukan sendiri di kala kecemasan 🤓

      Padam
    2. Kena jg buat mcm ni - tulis dlm buku...kalau x, setiap tahun tukar password baru..haha..

      Padam
    3. hihi..tulis jangan tak tulis, pastu sembunyi elok2 😆

      Padam
  3. İlginç bir post 😊 Türkiye'den selamlar 😊

    BalasPadam
  4. Selamat bersegmen :D

    BalasPadam
  5. Singgah dr segmen sama :) Salam kenal ya!

    https://yea-slmn.blogspot.com/2019/04/segmen-blogwalking-twj-april-2019.html

    BalasPadam
  6. yaya datang blogwalking..

    dari segmen yang sama. good luck =)

    BalasPadam
  7. singgah dari segmen yang sama & follow sini pasai nak makan goreng bawang sama2 :P

    BalasPadam
  8. hai sy dtg bw lagi kt sini https://azraalyana.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. tudiaa sempat selit pasal cukai e-filing hahaha comel cik JR ni.

    sama lah. takde gosip panas dan membawang sangat kat blog saya juga heee. takpeee, kita kan 'hot' cik JR. tak perlu cerita panas untuk meng'hangat'kan blog kita. gitchuwww hahaha.

    btw, goodluck! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi tq cik SN. Alamak..cheq ni bukan JR, JR tu cik Jannah Ramli (JR) tuan empunya blog The Wonderful Jannah 😅

      Cheq ni tak 'hot' langsung, lain la kalau cik SN dan cik JR..haa yang tu kot la ada betoinya 😀

      Padam
  10. Balasan
    1. Seronok jugak join segmen macam ni sekala sekala 😆

      Padam
  11. JALAN2

    https://belogsjm.blogspot.com/2019/04/segmen-blogwalking-twj-april-2019.html

    BalasPadam
  12. Salam kenal, kak Jannah.

    Semoga setelah ini,kita sering saling blogwalking 🙂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal mas HS, terima kasih datang ke sini 😄

      Saya ini bisa dipanggil CS aja, bukan namanya Jannah. Jannah itu orang lain sih 😅

      Padam
  13. jalan jalan sini. singgah ke blog saya pula ya http://sayasukala.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq singgah ke sini, kunjungan pasti dibalas 😉

      Padam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas