Jumaat, 8 Februari 2019

Ciplukan? Natang apa tu?

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang masih dok seronok bercuti beraya Cina lagi ka? 👲👲👲

Dalam entri kali ni cheq nak berkongsi cerita pasai Ciplukan atau nama lainnya 'Morel berry'. Buah ni termasuk dalam kategori buah liar dan selalunya tidak dipedulikan oleh orang kita (termasuklah cheq hihihi) 😬


Baru-baru ni cheq terjumpa pokok Ciplukan yang sedang lebat berbuah di belakang rumah ni. Pokok ni tumbuh suka hati dia ja kat dalam longkang. Sebelum ni cheq memang tak pernah hiraukan langsung kewujudan pokok ni, sebab cheq anggap taraf Ciplukan ni sama pangkat saja dengan rumput dan lalang... hiii macam kejam pulak bunyi ayat ni 😅

Ciplukan atau Morel berry ni kiranya macam sepupu kepada Cape Gooseberry juga la, tapi dia ni tidak la glamour macam si Cape Gooseberry tu... hat tu siap boleh dijual dengan harga yang agak mahal dan warnanya jingga kekuningan bila dah masak ranum, dan saiznya pun lebih besar dari Ciplukan ni. Selama ni cheq dok ingat buah liar ni tidak boleh dimakan, tapi baru-baru ni cheq ada terjumpa maklumat berkenaan buah Ciplukan yang bukan saja boleh dimakan, tetapi ianya juga dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatannya. Nak kata cheq percaya sangat dengan semua butiran maklumat tu mungkin tidaklah... tapi yang pastinya buah ni memang selamat untuk dimakan, dan rasanya manis-manis buah gitu... tak manis sangat, dan tak ada rasa masam. Boleh tahan sedap jugak la rasa buah Ciplukan nih 😋


Cheq ada idea nak guna buah ni untuk buat apa lepas ni. Cheq nak cuba buat hiasan atas kek dan apa-apa dessert yang menarik dengan menggunakan buah Ciplukan ni nanti. Mesti menarik kan? Kalau buah ni dicelup dalam air gula pekat lepas tu dijadikan hiasan atas icing cupcake ka mesti comeiii jadinya... baru la glamour sikit buah liar ni nanti 😆♥♥


Jumpa lagi di lain entri!
🙋

16 ulasan:

  1. Rasanya pernah nampak buah ni tapi tak pernah cuba makan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah JR cuba makan buah ni kalau jumpa lagi..pilih yang 'tanglong'nya dah agak kering atau yang dah jatuh atas tanah tu, yang tu dah masak la 😄

      Padam
  2. x tau laa apa namanya tp mmg byk tumbuh meliar kt blkg rumah kt kg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi namanya ada banyak..antaranya buah letup, morel berry, ciplukan, ground cherry....boleh dimakan ni, cubalah nanti bila jumpa buah ni lagi 😋

      Padam
  3. CIPLUKAN KA BUKN BUAH LETUP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak nama dia KakPI, ada juga orang kita panggil buah ni dengan nama buah letup 😄

      Padam
  4. Saya tak pernah jumpa pun buah ni sebelum ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat supermarket/hypermarket di overseas rasanya mesti ada jual Cape Gooseberries/Ground cherries/Golden berries dalam kotak plastik. Tu kiranya sepupu kepada buah Ciplukan ni la hihi 😀

      Padam
    2. Grocery store tempat saya takde buah ni. Agaknya sebab terpencil sangat. lol

      Padam
  5. Rasanya mcmana? Manis ke? Ok jg buat hiasan atas kek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manis manis buah macam tu, tak ada rasa masam pun 😎👌

      Padam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤