Ahad, 13 Januari 2019

Resepi Pincuk Terung Pipit Cara Cheq

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, pernah makan PINCUK tak? Hangpa kenai dak PINCUK tu benda apa?  πŸ˜‹πŸ˜‚

Pincuk Terung Pipit, cara cheq... πŸ˜ŽπŸ‘Œ

Kebiasaannya orang guna buah cermai untuk buat pincuk ni, tapi cheq ni pulak ganti buah cermai tu dengan terung pipit, maka jadilah Pincuk Terung Pipit. Mudah saja cara cheq buat pincuk ni, sedap dan cepat siap. Boleh bertambah-tambah nasi bila makan dengan pincuk ni tau, jadi hangpa janganlah dok rajin pi buat pincuk ni banyak-banyak sangat naa, kot satgi 'diet' hangpa kelaut... hihihi 😬

▶ Bahan-bahan:

✎ Terung pipit (segenggam)
✎ Cili hijau (segenggam)
✎ Cili merah (sebiji)
✎ Bawang merah (satu labu)
✎ Belacan (1 sudu kecil, dibakar)
✎ Garam (secukup rasa)
✎ Gula (secukup rasa)
✎ Serbuk Maggi secukup rasa (secukup rasa)

▶ Cara-cara:

1. Bakar/panggang belacan di atas api selama lebih kurang 30 saat.
2. Potongkan bawang merah, cili hijau dan cili merah, dan buangkan tangkai terung pipit. 
3. Masukkan semua bahan ke dalam lesung batu, kemudian tumbuklah sampai dia jadi separa hancoq. Siap... makanlah pincuk ni dengan nasi panas-panas πŸ˜‹


Sekian, beginilah cara cheq membuat PINCUK TERUNG PIPIT yang mudah, cepat dan semestinya mengikut selera cheq. Maaflah kalau resepi ni tidak mengikut selera hangpa noo... kalau nak bagi rasa dia 'kick' lagi, boleh buh cili api. Memang berapi la perut hangpa lepaih tu kalau guna cili api... 🌢πŸ”₯πŸ”₯

Jumpa lagi di lain entri! 
πŸ™‹

18 ulasan:

  1. Tak pernah lagi makan pincuk ni. Memang makanan orang utara ka? Biasanya saya buat sambal tumis terung pipit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Jawa pun ada pincuk depa yang tersendiri, jadinya cheq rasa pincuk ni bukanlah makanan orang utara Malaysia saja. Ada juga orang utara yang tak kenai pincuk tu apa hihi..

      Sambal tumis terung pipit pun sedappp..πŸ˜ŽπŸ‘

      Padam
  2. Pergh... Pagi² tengok makanan... Jadi lapar dibuatnya. Nanti boleh try resepi pincuk ni. Terliur nampak haihhh... πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila-sila, cubalah resepi pincuk ni FL πŸ˜ŽπŸ‘Œ

      Padam
  3. x nk pos kt kami yg kelaparan ni ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hat ni kalo pos, dia jadi tak sedap. Hat ni kena buat sendiri lepas tu terus ngappp, baru best πŸ˜€

      Padam
  4. sejenis sambal kan pincuk ni? nak kena cuba la nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu, sejenis sambal. Cubalah nanti Mr.Kie πŸ‘

      Padam
  5. Balasan
    1. Disarankan buat sendiri ni baru best, makan dengan segera πŸ˜€

      Padam
    2. Okay okay nah..πŸšπŸ›πŸŒΆ..πŸ˜‚

      Padam
  6. kecur ailio kul satu pagi ni..hihi..kena ada serbuk maggi jg ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..serbuk maggi tu takmau buh pun takpa, dia sekadar penyedap rasa ja 😎

      Padam

Kata-kata itu mencerminkan peribadi kita, maka berkatalah akan hal-hal yang baik 😊

Popular 30 Hari Lepas