Sabtu, 15 Disember 2018

Cerita Jalan-jalan Cari Bunga di Bulan Julai

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, sebelum masuknya tahun baru 2019 yang semakin hari semakin menghampiri kita ni, cheq nak berkongsi cerita sikit pasai Pesta Orkid dan Flora UTC Perlis yang telah berlangsung di Kangar dalam bulan Julai yang lalu. Sempat jugalah cheq terjah pesta flora yang berlangsung selama 10 hari di hujung bulan Julai lepas tu, meriah sungguh la pesta tu dengan pelbagai jenis pokok bunga (kebanyakannya orkid lah) dan anak pokok buah-buahan yang cukup menarik hati para pengunjung yang gemar bercucuk tanam dan sukakan bunga-bungaan 🌹🌺🌻


Sakan jugaklah pesta ni, bukan sahaja ada dijual pokok bunga dan anak pokok buah-buahan, ada juga gerai yang menjual pakaian, makanan, karpet, beg dan beberapa jenis barangan lain. Kebanyakan dari barangan ni dijual dengan harga yang cukup menggoda jiwa dan raga. Cheq pulun beli T-shirts 3 helai, lepas tu beli tanah bakar sekampit (beli sekampit ja sebab tak larat nak angkut sampai 3 kampit pi ke kereta, kereta parking jauh πŸ˜‚) dengan 2 peket biji benih terung dan sepeket biji benih cili padi. Nak tanam dalam pasu ja ni, nak tengok dia nak menjadi tera mana... hihi. Cheq tak beli pokok orkid mahupun mana-mana jenis flora lain yang ada di sini. Cheq sekadar melayan perasaan mengambil gambar bunga saja banyak-banyak sebab cheq tahu bunga-bunga ni semua bukan nak tahan melawa mekar lama-lama pun kat rumah nanti, sebab cheq ni tak reti mana sangat nak menjaga pokok bunga bagi jadi elok dan bertahan lama pun... hihi πŸ˜€

Jom layan gambar-gambar yang cheq sempat tangkap semasa meninjau Pesta Orkid dan Flora UTC Perlis 2018 tu kat bawah ni πŸ‘‡πŸ’πŸŒΌ


Rambang jugalah mata cheq ni dok perati bunga-bunga ni semua masa tu, nasib baik tak jadi juling tau πŸ˜†... macam-macam spesies pokok dok ada kat situ dik oiii... selain orkid, ada juga mawar, keladi, bunga matahari, bunga raya, kemboja, kemboja bonzai (hat ni mahai, ratusan hinggit harganya), dahlia, daisy, gloxinia, ros jepun, kaktus dan bermacam jenis anak pokok buah-buahan yang cheq tak pernah kelih pun sebelum ni. Hebat sungguh la para pengusaha pokok-pokok ni semua kan, depa ni expert dalam bidang hortikultur πŸ‘

OKlah, sekian dulu perkongsian cheq pasai Pesta Flora yang telah berlangsung di sebelah bangunan UTC Kangar Perlis dalam bulan Julai yang lalu. Tahun depan ni kalau ada lagi pesta macam ni, InsyaAllah cheq akan terjah lagi. Seronok tengok pokok-pokok bunga ni, cantik-cantik belaka πŸ’–

Syukur alhamdulillah cheq masih dikurniakan nikmat deria penglihatan yang baik. Nikmat mana lagi yang cheq dustakan... huhuu 😞

Jumpa lagi di lain entri!
πŸ™‹

24 ulasan:

  1. Asalam..wow!!mempersonakan sekali..banyknya berbagai2 jenis

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm Mr.EE, ya sini memang ada macam2 flora yang mempersonakan 😎

      Padam
  2. comel belaka bunga2 tu. sejuk pandangan mata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sejuk mata memandang bunga2 ni semua 😎

      Padam
  3. Cantiknya bunga-bunga kat pesta orkid tu. Kalau yang minat bunga, memang rambang mata lah nak memilih. Rasa macam nak beli semuaπŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena kawal perasaan dan dompet sendiri, tangkap gambar saja tak apa πŸ˜‚

      Padam
  4. yg suka bunga mmg xkeruan laaa bla dah smpi siniπŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai makcik kayo yang dah pencen tu suka laa nak memborong orkid kat sini, pakat menambah koleksi orkid kat taman rumah depa masing2 😬

      Padam
  5. Cantik2 bunga masa tu, Zumal pi tengok saja ja 🀣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq pun tengok2 sambil ambik gambaq ja banyak2 πŸ˜†

      Padam
    2. Cantik gambar2 Cik Suerin ambil tu

      Padam
    3. 10q Zumal, ni cuma hentam snap gambaq pakai smatpon ja..πŸ˜†

      Padam
  6. Woww ada beli benih dan tanah kena raji tau nanti mati pokok sian dia hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..pokok terung dah berbuah pun hari tu, cili padi ja belum keluaq buah lagi, baru dok berbunga πŸ˜„

      Padam
  7. memang rambang mata tengok bunga2 cantik macam ni..geram tengok pokok kaktus berbunga tu..
    semoga hidup subur pokok terung & cili padi..tahun depan bolehlah menuai hasil..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn....rambang mata πŸ˜†
      Pokok terung dah berbuah hari tu, dah merasa dah hasilnya sebiji. Cili padi pula belum berbuah lagi, baru dok berbunga πŸ˜„

      Padam
  8. waaaaaaaaaaaaa.. seronok nya mata kita tengok semua gambar bunga tu.. teringin nak bela pokok bunga barang sepasu dua.. hee~ tpai kita dok atas langit.. kesian pokok tak kenal tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..kalau nak bela pokok kecik2 ja dalam pasu boleh lagi tu, letak di tepi tingkap bagi kena cahaya matahari..lepas tu jangan lupa siram setiap hari dan top up baja seminggu sekali. InsyaAllah ok pokok tu πŸ˜„

      Padam
  9. uuuish bestnya !! tak tahu pun kalo tak panjang kaki jugalah ke sana. mak CT sukala benda2 macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ramai makciks dan aunties yang dok sibuk membelek bunga-bunga ni, cheq yang 'separa makcik' ni pun join membelek sekali πŸ˜‚

      Padam

Komen hangpa tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤

Popular 30 Hari Lepas