Isnin, 1 Oktober 2018

DIY - Gunting Rambut Sendiri

Assalamualaikum warga bloggers Malaysia yang budiman semua, ada yang sudah pernah cuba menggunting rambut sendiri dak? 😎

Sumber gif: GIPHY

Bulan lepas, cheq ada cuba menggunting rambut sendiri, dan cheq sangat berpuas hati dengan hasilnya. Cheq mengambil keputusan untuk menggunting rambut sendiri kali ini sebab sudah beberapa kali cheq pernah kecewa dengan hasil guntingan rambut dari beberapa kedai gunting rambut yang pernah dikunjungi setakat ini 😔

🔆 Langkah-langkah atau kaedah yang cheq gunakan untuk menggunting rambut sendiri (sehingga menjadi pendek dan kemas sampai tidak boleh diikat) adalah seperti berikut:

1. Sediakan sebilah gunting yang sesuai untuk menggunting rambut, sebuah sikat rambut yang leper, sebuah cermin bersaiz kecil yang boleh dipegang dengan mudah, sebuah cermin besar yang boleh disangkut atau disandarkan pada dinding dan kertas surat khabar untuk mengalas lantai agar senang untuk mengumpul rambut yang telah dipotong nanti. Untuk memudahkan operasi, boleh gunting rambut sendiri di hadapan singki dalam tandas agar senang untuk basahkan sikat di singki, dan boleh guna cermin besar yang sedia ada pada dinding tandas (bagi rumah yang tandas atau bilik mandinya ada singki dan cermin besar ditampalkan pada dinding di bahagian atas singki) 😄

2. Sikat rambut dengan penyikat rambut yang telah dibasahkan, kemudian bahagikan rambut kepada dua bahagian yang sama rata dan ikat tocang dua (twin tails) 🎀🎀

3. Gunakan dua cermin. Satu cermin besar di hadapan, dan satu lagi cermin kecil yang boleh dipegang untuk periksa keadaan rambut di bahagian belakang kepala. Lihat pada cermin hadapan untuk melihat pantulan imej dari cermin kecil yang dipegang 🔎

4. Dengan menggunakan gunting yang sesuai untuk memotong rambut, potonglah rambut yang telah diikat menjadi tocang dua tadi. Seterusnya, sikatlah rambut sampai kemas 💁

5. Periksa keadaan rambut di bahagian belakang kepala dengan menggunakan cermin kecil tadi. Kemudian, dengan berhati-hati, potonglah rambut yang kelihatan tidak sama paras (sambil tangan kanan menggunting rambut, dan tangan kiri memegang cermin kecil sambil memeriksa pantulan imej di cermin besar yang berada di hadapan) 💇

6. Sikat rambut semula dan periksa keadaan rambut lagi sekali 😎

Hasilnya, sangat memuaskan hati cheq. Boleh dilakukan pada hari cuti dan ianya tidak memakan banyak masa pun. Kalau ke kedai gunting rambut, boleh habis masa berjam-jam menunggu giliran untuk gunting rambut, duit pun agak banyak keluar sebab terpaksa menerima 'rawatan ekstra' yang 'dipaksanya' kita untuk menerimanya, demi mendapat hasil guntingan yang cantik (...cantik pada si tukang gunting rambut tu sajalah.. 😞).

Antara beberapa pengalaman buruk yang cheq pernah dapat termasuklah telinga cheq nyaris-nyaris menjadi mangsa gunting si tukang gunting rambut yang agak cemerkap, kemudian terpaksa 'bertekak' dengan tukang gunting rambut tu sebab cheq tidak mahu menerima rawatan 'vitamin rambut' dan syampu kepala (cheq sudahpun syampu rambut cheq ya sebelum pergi ke kedai gunting rambut tu, sudah wangi pun tau... agak-agaklah sikit dalam nak mencari pendapatan lebih pun kan), dan lagi satu masalah beberapa kedai gunting rambut ni ialah namanya saja kedai gunting rambut wanita tapi tiba-tiba adaaa saja orang lelaki yang masuk juga ke dalam kedai tu dengan alasan mahu 'teman' pasangannya gunting rambut. Si tukang gunting rambut akan merasa serba salah dan akhirnya tidak akan menghalau jantan lelaki itu keluar sebab takut nanti kedainya dilabel tidak mesra pelanggan pula. Aurat cheq pun 'ke laut' la jadinya. Apa pun tidak boleh 😠

Huhuu... sekian perkongsian cheq kali ini. Cheq tidak 'membawang' fasal tukang gunting rambut tau, cheq cuma berkongsi pengalaman yang tidak manis saja di sini 😬

Jumpa lagi di lain entri! 🙋

26 ulasan:

  1. boleh bukak saloon muslimah ni sis. hihi.. Cheq pun x suka kalau laki masuk meluru kat dalam saloon, truih ke laut aurat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi....gunting rambut orang tu cheq tak beranilah, gunting rambut sendiri ja OK laaa :)

      Padam
  2. AS selalu gunting sendiri rambut. Ikat rambut ketat-ketat, pastu gunting. bila lepaskan ikatan, automatik jadi layer ahaks. tapi tak la kemas mana. kena kemaskan depan cermin pula. Follow sini ya. #15

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh geng la kita AS, hihihi...

      TQ follow kembali :)

      Padam
  3. perkongsian menarik...tak pernah lagi gunting rambut sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ..bolehlah cuba kaedah ni nanti kalau ada rasa macam teringin nak gunting rambut sendiri satu hari nanti...hihii

      Padam
  4. Saya pakai belasah je gunting rmbut sendiri..tpi mak lak tk suka,dia suka rmbut kite styling and kene cntik
    ..hahaha...tpi rmbut mak ..saya potong...jimat sikit duit...kalau tk kt kedai sekali potong dh berbelas ringgit..haiyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihii..kalau tersalah masuk kedai nnt lagi teruk, boleh kena pow sampai nak dekat seratus hinggit tau..nangis pun tak berlagu dah kalau terkena macam tu...

      Padam
  5. Boleh kah gunting rambut sendiri dek..jika lelaki tak boleh lah sebab pendek di belakang..
    Tahniah ada kemahiran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihii TQ. Orang lelaki pun boleh saja cuba gunting rambut sendiri asalkan ada keberanian yang tinggi :)

      Padam
  6. dah 2 bulan rasanya gunting rambut sendiri ni.. masalahnya kat belakang x dpt gunting. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..kalau guna 2 cermin boleh punya, tangan kanan pegang gunting, tangan kiri pegang cermin menghala belakang kepala. Mata pandang depan ja tengok cermin depan. Boleh nampak keadaan rambut di belakang kepala :)

      Padam
  7. ejulz follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ ya sebab sudi follow sini kembali, cheq sudah follow blog ejulz sebelum ni :)

      Padam
  8. Kalau kat sini tukang guntingnya okay.. kalau gunting sendiri, risau jadi lain..kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huntunglah SD boleh jumpa tukang gunting yang okay, sini agak susah nak cari yang betul2 memuaskan hati huhu...

      Padam
    2. Tu lah.. setuju sangat.. Sha pun cuba dua tiga kedai juga baru dapat yang kena dengan jiwa.. Kikiki..

      Padam
  9. PANDAI SUE GUNTING RAMBUT SENDIRI JIMAT BELANJA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timakasih KakPI, betul tu jimat belanja cheq..hihihi 😂

      Padam
  10. ha ha ha ha teringat kisah lama.
    aida dan adik dulu kala.
    pernah gunting rambung sendiri.
    both of them kaw kaw kena marah dgn mak.
    masa tu kalau tak silap aida darjah 4, adik darjah 2. gitu la, suerin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi lawak la Aida ni...mesti nakai ni masa kecik2 dulu, nakai dan banyak akai 😆

      Padam
  11. Zumal tak pernah lagi try :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ada tahap keberanian yang tinggi untuk cuba ni, lebih2 lagi kalau orang lelaki..sebab tak boleh sembunyi rambut dengan tudung 😂

      Padam
  12. Sbbtu kene memilih bab gunting rambut ni

    BalasPadam

Komen hangpa atas tanggungjawab hangpa la naa, timakasih sudi singgah sini ❤